B Complex atau Lesitin? Teman Baik Penurunan Berat Badan Anda
B Complex atau Lesitin? Teman Baik Penurunan Berat Badan Anda
B Complex
Untuk anda yang sukakan karbohidrat dan mengamalkan gaya hidup sedentari.
Mengawal Atur Lemak
Vitamin B membantu mengawal atur hormon adipositokin yang mengawal simpanan dan metabolisma lemak1. Ia juga membantu meningkatkan pembakaran lemak di dalam otot serta menggalakkan badan menukarkan lemak kepada tenaga.
Menambah Baik Metabolisma Gula
Gula dalam darah yang stabil menghalang penurunan gula dalam darah secara mendadak yang menyebabkan keinginan makan secara berlebihan terutamanya kepada makanan berasaskan karbohidrat.
Mengawal Mood dan Selera Makan
Vitamin B menggalakkan penghasilan serotonin1 iaitu sejenis neurotransmitter yang mempengaruhi mood dan selera makan. Peningkatan paras serotonin dapat mengurangkan keinginan makan dan menyokong proses penurunan berat badan.
Lesitin
Untuk anda yang sukakan makanan berlemak dan bergoreng.
Memecahkan Lemak
Lesitin membantu memecahkan lemak di dalam makanan dan darah kepada molekul yang lebih kecil. Ia memudahkan badan untuk menggunakan lemak sebagai tenaga berbanding menyimpannya sebagai lemak berlebihan4.
Kuasa Kolina
Lesitin adalah sumber yang kaya dengan kolina iaitu nutrien yang penting untuk metabolisma lemak. Kolina membantu memecahkan lemak kepada tenaga bagi mengelakkan penyakit seperti hati berlemak atau paras lemak dalam darah yang tinggi. Metabolisma lemak yang efektif oleh kolina meningkatkan rasa kenyang, seterusnya mengurangkan pengambilan kalori dan menyokong proses penurunan berat badan2,3.