Rambut, Kuku dan Kulit yang Sihat dengan Zink
Rambut, Kuku dan Kulit yang Sihat dengan Zink
Apakah persamaan yang ada pada rambut, kuku dan kulit? Tentulah Keratin! Ia adalah sejenis protein yang memberikan kekuatan, struktur dan ketahanan sebagai pelindungan terhadap kerosakan pada rambut, kuku dan kulit. Keadaan rambut, kulit dan kuku anda adalah petanda kepada kemungkinan kekurangan nutrien seperti zink kerana ia penting untuk penghasilan dan replikasi DNA, untuk menghasilkan jumlah keratin yang sihat.
Kesan Kekurangan Zink
Kuku yang rapuh, pecah atau retak dan bertompoktompok
Rambut kasar, rapuh, menipis dan berkelemumur
Kulit berjerawat, eczema dan berbintik merah
Zink untuk rambut yang berkilau
Rambut terdiri daripada 95% keratin. Kita kehilangan keratin seiring dengan peningkatan usia yang melemahkan akar umbi rambut, menyebabkan rambut kering dan mudah putus terutamanya ketika menggunakan sikat atau produk penggayaan rambut.
- Zink menyokong dan memperbaiki pertumbuhan tisu rambut untuk pembaharuan dan replikasi sel yang lebih cepat.
- Zink memastikan kelenjar minyak di sekitar folikel rambut berfungsi dengan normal.
- Zink berfungsi sebagai stor simpanan histamina bagi mengurangkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala akibat penggunaan produk rambut.
Zink for untuk Kulit Lebih Muda
Lapisan luar kulit anda mempunyai lima kali lebih banyak zink daripada lapisan lain. Bertindak sebagai antioksida, zink membantu mencegah kerosakan serius yang berpunca daripada sinaran UV dan bahan asing lain.
- Zink membantu dalam penyembuhan luka dan penghasilan semula kulit yang lebih sihat.
- Zink mengandungi sifat anti-radang untuk melegakan kulit, mencegah jerawat.
- Zink membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang anjal dan tegang.
Zink untuk Kuku yang Sihat
Kuku terdiri daripada sejenis sel yang terhasil dan dibahagikan dengan cepat. Pembahagian sel yang sihat menggalakkan pertumbuhan kuku yang sihat.
- Zink penting dalam tindakbalas enzim yang menggalakkan pembahagian sel yang sihat supaya kuku anda tumbuh panjang, lebih sihat.
- Zink membantu dalam penghasilan semula sel untuk mengganti sel-sel yang rosak di bahagian dasar kuku supaya kuku menjadi lebih kuat dan cantik.