Sudahkah Anda Mengambil Vitamin C Hari Ini?
Sesetengah individu mungkin memerlukan lebih banyak vitamin C. Adakah anda salah seorang daripada mereka?
Semua orang memerlukan vitamin C. Vitamin ini memainkan pelbagai peranan penting daripada memastikan badan anda mempunyai pertahanan imun yang kuat, kepada menyokong penghasilan kulit, mengekalkan kulit yang berseri dan kelihatan lebih muda, mengekalkan fleksibiliti sendi, dan memberi manfaat antioksidan.
Pekerja Dewasa
Tekanan/stres memang tidak dapat dielakkan terutamanya di kalangan individu yang bekerja. Kajian menunjukkan bahawa individu yang sentiasa mengalami stres mudah jatuh sakit kerana fungsi imun sistem yang lemah dan mempunyai tahap vitamin C yang rendah di dalam badannya1. Pengambilan suplemen vitamin C membantu dalam:
• Meningkatkan perlindungan imun1.
• Merangsang mood yang positif1.
Ibu Hamil
Semasa mengandung, badan mengalami perubahan hormon yang mempengaruhi sistem imun, menyebabkan anda mudah terdedah kepada jangkitan dan ianya merbahaya kepada ibu dan juga bayi. Pengambilan vitamin C secara berkala dikalangan ibu mengandung didapati dapat membantu dalam:
• Mengurangkan kemungkinan komplikasi semasa hamil.
• Meningkatkan perlindungan imun untuk kesihatan ibu dan bayi.
• Meningkatkan penyerapan zat besi, menurunkan kemungkinan berlakunya anemia.
Alami kehamilan yang sihat dan selamat dengan vitamin C.
Pelajar
Berjaga hingga lewat malam mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan? Tahukah anda, tidur yang tidak cukup boleh melemahkan sistem imun anda dan meningkatkan kemungkinan untuk mendapat jangkitan. Selain itu, proses penyembuhan juga akan menjadi perlahan2. Pengambilan suplemen vitamin C didapati membantu untuk:
• Meningkatkan tindakbalas dan perlindungan imun.
• Mempercepatkan tempoh penyembuhan.
Warga Tua
Seiring peningkatan usia, sistem pertahanan badan anda juga menjadi semakin lemah. Selain itu, badan anda juga kurang menyerap nutrien dan mungkin boleh menyebabkan masalah kekurangan nutrien didalam badan termasuklah kekurangan vitamin yang merangsang system imun, vitamin C. Pengambilan suplemen vitamin C amat digalakkan kerana ia membantu:
• Meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan.
• Mengurangkan kemungkinan untuk anda jatuh sakit disebabkan oleh penyakit yang berjangkit.
Sustained Release Vita-C Plus™
Vitamin C Semula Jadi
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
- Sustained Release Vita-C Plus™ adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
- Dengan sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
- Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.
Rujukan:
1. Bettina Moritz, Ariana E. Schmitz, Ana Lúcia S. Rodrigues, Alcir L. Dafre, Mauricio P. Cunha. (2020). The role of vitamin C in stress-related disorders. The Journal of Nutritional Biochemistry. Volume 85.
2. Besedovsky, L., Lange, T., & Born, J. (2012). Sleep and immune function. Pflugers Archiv : European journal of physiology, 463(1), 121–137. https://doi.org/10.1007/s00424-011-1044-0