PERLINDUNGAN SIANG DAN MALAM UNTUK KULIT ANDA

Pepatah yang mengatakan “dua (atau tiga) lebih baik dari satu” adalah benar apabila membabitkan soal kelembapan. Ketahui perbezaan antara pelembap siang dan malam supaya kulit anda terhidrat secukupnya untuk kelihatan segar sepanjang hari!

PELEMBAP SIANG
untuk Melindungi

Pada waktu siang, kulit memainkan peranan untuk pertahanan, melindungi daripada faktor luaran seperti pencemaran, sinaran UV dan pertumbuhan bakteria, yang boleh menjejaskan kelembapan kulit anda. Malah, apabila semakin berusia, keupayaan kulit anda untuk mengekalkan kelembapan semakin berkurang.

TIP: Pilih pelembap yang mengandungi pelindung matahari berspektrum SPF luas untuk perlindungan lengkap di dalam dan luar bangunan!

APABILA ANDA BERADA DI LUAR

YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER – SPF 50

  • Pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB .
  • Melembap dan menambahbaikkan penampilan kulit secara menyeluruh.
  • Nutrien botani dan vitamin.

APABILA ANDA BERADA DALAM BANGUNAN

YOUTH MOISTURE LOCK DAY CREAM

  • Penghidratan yang mendalam dan mengekalkan kelembapan.
  • Melembutkan dan membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus serta kering.
  • Campuran asid hyaluronik, ekstrak kaktus dan squalane berasaskan tumbuhan.

PELEMBAP MALAM
untuk Menjana Semula

Semasa anda tidur pada waktu malam, kulit bekerja untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku pada waktu siang dan menjana semula tisu baru. Krim malam biasanya mengandungi bahan malam atau formula eksklusif untuk penjanaan semula tisu dan mempercepatkan pemulihan tisu supaya anda kelihatan segar apabila bangun keesokan paginya.

TIP: Pilih krim malam yang menggalakkan pembaharuan sel dan mengandungi agen pelembap yang mewah untuk kulit yang lebih lembut.

YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM
– LIGHT/RICH

  • Menyokong proses pembaharuan sel kulit untuk kelihatan lebih muda, licin dan cerah.
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit.
  • Sumber botani dan vitamin.

Light
Mengekalkan semua kebaikan dalam tekstur yang lebih ringan.

Rich
Menambah kelembapan ketika anda tidur, terutama dalam bilik berhawa dingin.

Produk Berkaitan