Lindungi Diri Sendiri

Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel-sel kita. Selain sangat terkenal akan fungsinya dalam menyokong sistem imun sihat, ia juga merupakan antioksidan yang kuat dan berupaya membantu melawan radikal bebas, menyokong proses penuaan yang sihat dan menyokong penyembuhan penyakit.

Oleh kerana vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh, ianya perlu diambil daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen vitamin C. Optimumkan tahap vitamin C anda dan nikmati kesihatan yang menakjubkan!

Kesihatan Imun dan Sistem Saraf

Salah satu fungsi terpenting yang diberikan oleh vitamin C adalah untuk menyokong sistem imun dan saraf kita. Tubuh mereka yang mempunyai keperluan vitamin C yang mencukupi, mampu mencegah jangkitan berbanding mereka dengan kekurangan vitamin C.1

Menyokong Penyerapan Zat Besi

Vitamin C meningkatkan penyerapan besi, mineral penting untuk pembentukan normal sel-sel darah merah dan haemoglobin.5

Kulit Berseri dan Tanpa Cela

Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok peningkatan usia dan pigmentasi daripada terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih baik dan sekata.2,3

Meningkatkan Penyembuhan

Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka di badan kita, membaiki dan mengekalkan tulang rawan yang sihat, tulang, gigi dan kulit. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan kelewatan pada penyembuhan luka. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin kehilangan gigi, gusi berdarah dengan mudah dan hilang kekuatan tulang mereka.4

TAHUKAH ANDA?

Vitamin C merupakan vitamin yang larut air dan cepat dikumuh dari badan. Jadi, penting untuk memilih rumusan Vitamin C terbaik dan boleh membebaskannya secara berperingkat untuk memastikan tubuh mempunyai perlindungan yang diperlukan sepanjang hari.

Rujukan:
1. Angela Sorice et al. Ascorbic Acid: Its Role in Immune System and Chronic Inflammation Diseases. Mini-Reviews in Medicinal Chemistry, 2014, Vol. 14, No. 5.
2. Block, G.: Vitamin C, cancer and aging. AGE. April 1993, Volume 16, Issue 2, pp 55-58.
3. MURAD et al. Regulation of collagen synthesis by ascorbic acid. Proc. Natl. Acad. Sci. USA 78 (1981)
4. Mahan LK, Arlin M. Krouse’s Food Nutrition and Diet Therapy. 8th ed. Philadelphia: WB Saunders Co, 1992.
5. James D. Cook. Vitamin C, the common cold, an iron absorption. The American Journal of Clinical Nutrition: FEBRUARY 1977, pp. 235-241.

Produk Berkaitan