Rahsia RAMBUT LEBIH SIHAT, dan LEBIH KUAT

Rambut tidak terurus merosakkan hari anda! Anda boleh mengubahnya melalui rutin penjagaan rambut untuk mengekalkan kecantikan mahkota anda.

SYAMPU DENGAN FUNGSI YANG TEPAT

Penggunaan syampu yang salah dengan bahan kimia toksik dan berbahaya boleh menyebabkan kerosakan rambut yang ketara. Pilihlah syampu yang diformulasikan daripada bahan-bahan semula jadi.

GUNA SAYA!: ProSante Revitalizing Shampoo

  • Menyingkirkan kotoran, minyak dan bahan cemar tanpa merosakkan kulit kepala.
  • Untuk rambut lebih kuat, bersinar dan berdaya tahan.

MENYUBURKAN KULIT KEPALA

Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Berikan kulit kepala anda penjagaan yang lembut dan penuh kasih sayang dengan membekalkan vitamin penting untuk membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

GUNA SAYA: Nourishing Scalp Treatment

  • Menyubur, menguat dan melebatkan rambut serta mengurangkan keguguran rambut semasa disikat.
  • Melindungi keseimbangan lembapan-minyak sihat semula jadi.

MERAPI DENGAN BAIK

Menggunakan perapi selepas mencuci rambut dapat memastikan rambut anda lembut, berkilau, dan mudah diurus. Sapukan perapi pada bahagian tengah rambut dan lurutkan sehingga ke hujung. Biarkan selama satu minit sebelum dibilas.

GUNA SAYA!: Replenishing Conditioner

  • Menguat, melembut dan menambah kilauan.
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.

Diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi

Lembut pada kulit kepala

Bebas sulfat

Tanpa paraben

TAMBAHKAN PROTEIN

Komponen utama rambut adalah protein. Jadi, dengan menambahkan protein ke dalam diet boleh membantu memperbaharui dan memulihkan struktur rambut. Ucapkan selamat tinggal kepada rambut yang lemah dan rapuh!

AMBIL SAYA!: ESP Soy Protein,

minuman lazat dan mudah disediakan yang bukan sekadar memberi anda tenaga!

BEKALKAN ZINK KEPADA FOLIKEL RAMBUT!

Zink penting untuk perkembangan sel, menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut lebih sihat serta mengurangkan keguguran rambut. Ia juga mempercepatkan penjanaan semula folikel rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

AMBIL SAYA!

Dapatkan suplemen yang diformulasikan dengan zink glukonat yang sangat mudah diserap.

O-ME-GA PENYELAMAT KULIT KEPALA!

Asid lemak Omega-3 boleh merangsang folikel rambut dan kelenjar sebum serta mengawal atur atau melaraskan penghasilan minyak pada kulit kepala. Ia juga membantu menyuburkan kulit kepala yang kering, berkeruping dan meredakan keradangan kulit kepala. Hasilnya, kulit kepala anda menjadi lebih sihat dan terasa lebih bersih.

AMBIL SAYA!

Pilih suplemen yang tinggi kandungan DHA dan EPA dengan penyulingan molekul 3 kali untuk mengekalkan manfaat asid lemak sambil menyingkirkan bahan cemar yang berbahaya.

Produk Berkaitan