BB Penyerlah Seri

#14108 Light Medium 30ml

#14109 Medium 30ml

Ratakan ia dengan Shaklee YOUTH Hexagon Blend Brush yang lembut dan anjal untuk kesan berseri secara semulajadi!

Dari SIANG
Penantian untuk bercuti di pantai kini sudah berakhir! Sudah sampai masanya untuk menikmati pancaran cahaya matahari. Tetapi jangan lupa untuk melindungi kulit terlebih dahulu. Miliki kedua-duanya dengan YOUTHTM ACTIVATING BB CREAM SPF 30 untuk wajah tampak segar dan berseri. Balsam kecantikan 5-dalam-1 yang tahan lama ini menawarkan formula pelbagai fungsi untuk melembapkan kulit, membantu menyamarkan garis-garis halus dan melindungi kulit daripada kerosakan sinar UVA/UVB.
Sangat versatil dan boleh digunakan sebelum atau sebagai pengganti bedak asas untuk menutupi cela dan meratakan tona kulit. Terdapat dalam 2 rona – Light Medium and Medium – yang direka untuk memberikan litupan semulajadi bagi semua tona kulit.

Hingga MALAM
Pada waktu malam, manjakan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari dengan rawatan muka yang lembut. Anda akan menyukai kedua-dua YOUTHTM HYDRATING GEL MASK dan YOUTHTM PURIFYING CLAY MASK!

YOUTHTM HYDRATING GEL MASK

Diformulasikan untuk melembapkan dan menenangkan kulit wajah. Gel emas yang menyegarkan ini dapat menyihatkan kulit secara mendalam untuk kulit tampak terhidrat dan berseri.

BAHAN-BAHAN UTAMA

Asid hialuronik, jus daun aloe dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile.

YOUTHTM PURIFYING CLAY MASK

Menyingkirkan toksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Formulasi ini menyerap dan menyingkirkan bahan pencemar, kekotoran dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan penampakan liang pori dan memberikan kulit yang lebih lembut tanpa mengeringkan atau kesan kulit mengelupas.

BAHAN-BAHAN UTAMA

Campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.

Produk Berkaitan