TESTIMONI SEBENAR. HASIL SEBENAR.

Kami telah membantu ramai individu mencapai sasaran berat badan mereka melalui Program “Hello New You” Shaklee. Mereka ini adalah antara yang berjaya.

Shaklee Mengubah Hidup Saya

Sebelum mula menjaga kesihatan, saya sentiasa berasa lesu dan turut mengalami masalah gastrik. Selepas berjaya menurunkan berat badan yang berlebihan, saya berasa lebih sihat, pergerakan menjadi lebih baik dan tahap kecergasan turut meningkat. Selain itu, ramai yang memuji kulit saya kelihatan lebih cantik! Terima kasih Shaklee. Saya kini berasa lebih gembira, lebih yakin dan lebih sihat.

Noradyani Binti Ab Rahman
38, Selangor

Hello Diriku Yang Baharu!

Saya memang suka makan makanan manis. Tanpa disedari, berat badan saya semakin meningkat sehingga menyebabkan stamina saya merosot dan cepat berasa penat. Tumit saya juga berasa sakit apabila berjalan. Sejak diperkenalkan dengan Shaklee, saya tidak lagi menoleh ke belakang kerana apa yang saya perolehi kini lebih banyak daripada yang saya hilang. Saya berasa lebih bertenaga, kulit lebih berseri dan saya turut mengamalkan pemakanan sihat. Anda perlu bertekad memulakan perjalanan menurunkan berat badan untuk lebih sihat dan meneruskan usaha untuk merubah penampilan diri anda!

Aida Suhana Ismail
42, Kuala Lumpur

Hidup Yang Menakjubkan!

Saya menyedari stamina saya berkurangan apabila berat badan bertambah sehingga telah melemahkan semangat saya. Tidak dapat saya gambarkan perbezaan menakjubkan yang saya lalui dengan produk-produk Shaklee yang membantu saya menurunkan berat badan secara lestari. Amalan pemakanan sihat juga memainkan peranan penting. Paling saya suka apabila saya berasa hebat dan lebih bertenaga!

Fazliana Jamil
41, Melaka

Tiada Kelaparan & Tekanan

Walaupun mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) dalam julat yang normal, namun perut dan muka saya tetap bulat sehingga orang sekeliling menyangka saya mengandung! Selepas menjalani “intermittent fasting” yang disertakan dengan pengambilan produk-produk Shaklee, saya berjaya merubah penampilan saya! Otot jadi lebih pejal dan pergerakan saya juga semakin mudah selepas menurunkan berat badan. Keseluruhan perjalanan bersama Shaklee sangat menyeronokkan dan menenangkan kerana saya tidak berasa lapar dan tertekan.

Nurul Nadiah Othman
36, Selangor

Produk Berkaitan