5 Pantang Larang Penjagaan Kulit, Guna YOUTHsebagai Rutin Penjagaan Kulit

Ucapkan selamat tinggal kepada tabiat penjagaan kulit yang salah dan tukar rutin kepada penjagaan kulit yang lebih baik!

Pantang #1:
Tidur dengan Solekan di Muka

Membiarkan kulit ‘diperap’ dengan solekan, ditambah pula kehadiran kekotoran dan minyak yang terkumpul sepanjang hari di wajah, boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan kulit menjadi kusam. Cuci segera dengan menggunakan minyak pembersih yang baik untuk menanggalkan kesan solekan secara mendalam.

Perbaiki Rutin Anda dengan

YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

Pantang #2:
Mencuci Muka dengan Air Panas atau Sejuk

Jika air panas boleh menghilangkan minyak semulajadi pada kulit dan menyebabkan kerengsaan, air sejuk pula boleh mengetatkan pori-pori, memerangkap bakteria dan kekotoran. Bersihkan muka anda dengan air suam pada suhu kira-kira 30 darjah Celsius – hampir sama dengan suhu kulit yang normal. Lengkapkan rutin anda dengan penyegar dan pelembap.

Perbaiki Rutin Anda dengan

YOUTH PERFECTING SKIN TONER

Pantang #3:
Tidak Cukup Tidur

Kulit anda membina semula kolagen dan memulihkan kerosakan akibat pendedahan kepada UV ketika anda tidur. Manjakan kulit anda dengan krim malam yang melembapkan dan kulit dapat rehat dengan secukupnya.

Perbaiki Rutin Anda dengan

YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT/RICH

Pantang #4:
Tidak Memakai Perlindungan Matahari

Perlindungan matahari amat penting dalam mencegah penuaan yang disebabkan cahaya matahari, pigmentasi, kedutan, dan kekeringan. Ingat – sapukan krim pelindung matahari berspektrum luas.

Perbaiki Rutin Anda dengan

YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER – SPF 50

Pantang #5:
Menggosok Mata Anda

Tindakan menggosok mata boleh mencederakan salur darah yang halus, menyebabkan kulit sekeliling mata menjadi gelap, kusam, dan tebal. Urutan lembut krim mata membantu menyegar dan memberi tenaga untuk mendapat mata yang kelihatan muda.

Perbaiki Rutin Anda dengan

YOUTH RESTORING EYE TREATMENT

Produk Berkaitan