5 Cara untuk Kelihatan Muda dengan YOUTH!
5 Cara untuk Kelihatan Muda dengan YOUTH!
Kekal muda (dan kelihatan muda) dengan cara yang menakjubkan, ringkas dan mudah untuk melambatkan penuaan wajah!
1 Tegangkan Kulit dengan Kolagen
Kolagen banyak terdapat di bawah kulit anda, memberikan struktur dan mengekalkan keanjalannya. Menambah pengambilan kolagen sangat digalakkan kerana ia meremajakan kulit dari dalam ke luar, meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan. Penghasilannya meningkat dengan penambahan vitamin C kerana ia membantu menghubungkan kolagen, menjadikan kulit semakin tegang dan muda.
Tip: Carilah suplemen dengan berat molekul yang rendah iaitu pada 1,000 Dalton untuk penyerapan yang lebih baik bagi merangsang sistesis kolagen.
2 Suplemen dengan Vitamin C
Vitamin C merangsang keupayaan kulit untuk memulihkan dirinya, yang mengurangkan penampilan kedutan, dan melembutkan kulit yang kering dan kasar. Ia bertindak sebagai antioksida, meneutralkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Ia juga adalah komponen penting dalam sintesis kolagen yang membantu meningkatkan ketegangan, kelembutan, keserian dan kesihatan kulit.
Tip: Carilah suplemen dengan sistem pelepasan berperingkat supaya badan anda menyerap dos vitamin C yang diperlukan dengan berkesan!
3 Ambil Asid Lemak Penting
Makanan yang kaya asid lemak perlu (asid lemak omega-3 dan omega-6) adalah sangat bermanfaat untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda, menambah baik penampilan kulit yang berumur dan kelihatan lesu. Miliki kulit yang kelihatan muda dengan memasukkan makanan seperti salmon atau lain-lain minyak ikan, sayur-sayur berdaun, bijian, kekacang dan bijirin ke dalam diet anda.
Tip: Carilah suplemen dengan tiga penyulingan molekul untuk menyingkirkan bahan cemar berbahaya dan meminimumkan bau serta rasa hanyir.
4 Gunakan Produk Penjagaan Kulit Yang Betul
Miliki kulit sempurna dengan penjagaan kulit yang betul. Beralihlah kepada produk semulajadi, berasaskan tumbuhan seperti YOUTH™, dihasilkan dengan mengutamakan keperluan pengguna untuk mengembalikan keserian dan merawat tanda-tanda penuaan. Dengan memanfaatkan kuasa botani, anda boleh mengharapkan YOUTH™ untuk menyihatkan dan melindungi kulit anda supaya anda kelihatan muda setiap hari.
Tip: Mulakan dari asas dengan YOUTH™ Starter Kit, mengandungi pembersih, penyegar, pelembap dan krim malam untuk kulit yang berseri.
5 Minum Banyak Air
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dehidrasi menyebabkan lebih banyak masalah kulit selain ia kelihatan kering dan berasa tegang. Apabila kulit mengalami dehidrasi, ia menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikan air yang tidak cukup, menyebabkan jerawat, keradangan dan tompok kering. Jadi, minumlah air secukupnya dan lembapkan kulit anda supaya ia kelihatan gebu, serta dapat mengurangkan penampilan kedutan dan liang pori.
Tip: Berikan kelainan pada air kosong dengan menambah hirisan buah-buahan kegemaran anda untuk mendapatkan minuman yang enak dan menyegarkan.