6 Mitos Popular Mengenai Penyusuan

Anda mungkin pernah mendengar cerita orang-orang terdahulu dan mitos mengenai penyusuan badan. Kami telah menyenaraikan 6 mitos popular dan merungkai fakta sebenar di sebalik kepercayaan ini.

Mitos #1

Anda tidak sepatutnya menyusukan bayi ketika anda sakit.

Fakta

Ketika anda sakit, badan anda menghasilkan antibodi yang akan disalurkan
kepada bayi melalui penyusuan susu ibu.

Mitos #2

Anda tidak boleh minum kopi atau teh semasa menyusukan bayi.

Fakta

Kesederhanaan adalah kunci utama. Hadkan pengambilan kepada 2 atau 3 cawan sehari.

Mitos #3

Anda tidak sepatutnya menyusukan bayi yang telah mula makan makanan pejal.

Fakta

Anda disarankan untuk menyusukanbayi anda sehingga bayi berumur 2 tahun. Susu badan anda berubah seiring dengan pembesaran bayi dan membekalkan nutrisi yang sempurna pada setiap peringkat umur.

Mitos #4

Anda hanya boleh mengambil makanan kosong sepanjang menyusukan bayi.

Fakta

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang diperkenalkan kepada pelbagai rasa semasa penyusuan susu ibu lebih cenderung untuk menyukai rasa tersebut apabila telah bercerai susu ibu.

Mitos #5

Payudara yang kecil menghasilkan susu yang sedikit berbanding payudara yang besar.

Fakta

Payudara yang kecil menghasilkan susu yang sedikit berbanding payudara yang besar.

Mitos #6

Penyusuan menyebabkan payudara anda menjadi kendur.

Fakta

Kajian menunjukkan bahawa perubahan hormon dan berat badan semasa hamil adalah punca utama perubahan payudara. Usia, kesan graviti dan penambahan berat badan juga memainkan peranan.

Produk Berkaitan