6 Nutrien Penting untuk Kekalkan Sendi Bergerak Bebas
6 Nutrien Penting untuk Kekalkan Sendi Bergerak Bebas
Lindungi sendi daripada haus dan rosak dengan nutrien mesti-ada ini!

Ekstrak Boswellia dan Safflower
- Melegakan sakit sendi dan ketidakselesaan otot dengan merencat enzim yang menyumbang kepada rasa sakit.1,2
- Melindungi kartilaj dengan mengurangkan keradangan sendi yang berpanjangan dan secara tidak langsung melindungi kartilaj sendi daripada terus rosak.1,2
- Memulihkan tisu sendi dengan menyokong proses pembaikpulihan tisu, meningkatkan aliran darah ke kawasan sendi yang secara tidak langsung membantu memulihkan tisu sendi yang alami keradangan.3

Asid Lemak Omega-3
- Memperlambatkan kemerosotan kartilaj dengan mengawal atur proses normal dalam mengekalkan ketebalan kartilaj pada sendi, untuk pergerakan dan fleksibiliti yang lebih baik.4
- Bertindak sebagai pelincir sendi. Disamakan dengan pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melembutkan dan melincirkan sendi sehingga membolehkan sendi yang berderit dan sakit bergerak bebas.5
- Mengawal keradangan dengan membantu mengurangkan penghasilan penanda radang yang menyebabkan keradangan.6

Protein Soya
- Menyokong pembinaan semula kartilaj
– Protein membantu dalam penghasilan dan pembinaan semula kartilaj.7
– Memberikan kekuatan dan sokongan struktur kepada kompen sendi yang lain seperti tendon dan ligamen.7

Kalsium
- Membina tulang yang kuat dan sihat. Bertindak sebagai blok binaan untuk tulang, kalsium membantu mengekalkan kekuatan dan struktur tulang.8
Kolagen
- Merangsang sintesis kartilaj dengan membina semula kartilaj, memberikan kekuatan dan keanjalan, seterusnya menyokong kesihatan sendi.10

Polifenol
- Melawan proses penuaan dengan membantu mengekalkan kesihatan dan kekuatan sel, termasuk sel yang membentuk tisu kartilaj, di samping memperlahankan dan melindungi kartilaj daripada kemerosotan.9
- Memelihara dan menyokong keselesaan sendi dengan meningkatkan penghasilan kartilaj dan kolagen di dalam sendi.9 Polifenol boleh mengurangkan keradangan sendi dan sakit sendi, membantu meningkatkan keselesaan dan fleksibili sendi.9
Rujukan:
1. Rashan, L., Hakkim, F., Idrees, M., Essa, M., Velusamy, T., & Al-Baloshi, M. et al. (2019). Boswellia Gum Resin and Essential Oils: Potential Health Benefits − An Evidence Based Review. International Journal Of Nutrition, Pharmacology, Neurological Diseases, 9(2), 53. doi: 10.4103/ijnpnd.ijnpnd_11_19
2. Delshad, E., Yousefi, M., Sasannezhad, P., Rakhshandeh, H., & Ayati, Z. (2018). Medical uses of Carthamus tinctorius L. (Safflower): a comprehensive review from Traditional Medicine to Modern Medicine. Electronic Physician, 10(4), 66726681. doi: 10.19082/6672
3. Bi, D., Chen, G., Cheng, J., Wen, J., Pei, N., Zeng, H., & Li, Y. (2020). Boswellic acid captivated hydroxyapatite carboxymethyl cellulose composites for the enhancement of chondrocytes in cartilage repair. Arabian Journal Of Chemistry doi: 10.1016/j.arabjc.2020.03.030
4. James, M., Proudman, S., & Cleland, L. (2010). Fish oil and rheumatoid arthritis: past, present and future. Proceedings Of The Nutrition Society, 69(3), 316-323. doi: 10.1017/s0029665110001564
5. Moghaddami, M., James, M., Proudman, S., & Cleland, L. (2015). Synovial fluid and plasma n3 long chain polyunsaturated fatty acids in patients with inflammatory arthritis. Prostaglandins, Leukotrienes And Essential Fatty Acids, 97, 7-12. doi: 10.1016/j.plefa.2015.02.005
6. Simopoulos, A. (2002). Omega-3 Fatty Acids in Inflammation and Autoimmune Diseases. Journal Of The American College Of Nutrition, 21(6), 495-505. doi: 10.1080/07315724.2002.10719248
7. Bahram, H. A., and Elizabeth M. F. (2019). Evidence for the Effectiveness of Soy in Aging and Improving Quality of Life, IntechOpen, doi: 10.5772/intechopen.85664
8. Flynn, A. (2003). The role of dietary calcium in bone health. Proceedings Of The Nutrition Society, 62(4), 851-858. doi: 10.1079/pns2003301
9. Shen C.L., Smith B.J., Lo D.F., et al. (2012). Dietary polyphenols and mechanisms of osteoarthritis. J Nutr Biochem. 23(11):1367‐1377. doi:10.1016/j.jnutbio.2012.04.001
10. Bello, A., & Oesser, S. (2006). Collagen hydrolysate for the treatment of osteoarthritis and other joint disorders:a review of the literature. Current Medical Research And Opinion, 22(11), 2221-2232. doi: 10.1185/030079906×148373