6 Penggalak Imun untuk Anda Dan Keluarga
6 PENGGALAK IMUN untuk Anda dan Keluarga
Virus dan bakteria yang sudah berada di sekeliling kita, jadi amat penting untuk kita kekal sihat. Halang jangkitan dan tingkatkan sistem imun anda dengan nutrien imuniti ini!
Vitamin C
Menghasilkan Sel Imun
- Membantu merangsang penghasilan dan menggalakkan fungsi sel imun.
- Membantu badan anda menghasilkan antibodi untuk menyerang, melawan dan meneutralkan kuman.
- Banyak penyelidikan menunjukkan bahawa vitamin C bukan sahaja mengurangkan jangka masa selsema, malah memendekkan tempoh demam.
Biji Labu, Biji Plantago, Bunga Safflower & Bunga Honeysuckle Jepun
Penyokong Imun Semula Jadi Anda
- Mengaktifkan dan menguatkan tindak balas imun anda dengan meningkatkan penghasilane interferon dalam badan anda.
- Interferon adalah protein yang dihasilkan oleh badan kita untuk mencetuskan mekanisme rintangan badan untuk membunuh patogen atau bakteria yang menceroboh masuk.
- Lebih banyak dan aktif interferon anda, lebih kesihatan imun anda.
Polifenol
Merangsang Sistem Imun Anda
- Meningkatkan fungsi sistem imun terhadap jangkitan1.
- Mencegah replikasi virus tertentu di dalam badan dan mengurangkan tempoh selsema2.
- Menguatkan reaksi imun anda dan mempercepatkan tempoh pemulihan2.
Protein Soya
Membina Antibodi
- Protein adalah blok binaan dalam sel imun terutamanya antibodi.
- Menyokong pembentukan pertahanan yang sihat dan kuat; mata (air mata), mulut (air liur) dan hidung (mukus).
- Menguatkan struktur kulit, merendahkan peluang kuman untuk masuk ke dalam badan kita.
Vitamin B
Mengekalkan Tenaga Anda untuk Melawan Jangkitan!
- Mempunyai paras vitamin B yang rendah menyebabkan kemurungan atau tekanan, menjejaskan fungsi sistem imun anda4.
- Membantu merangsang sistem imun anda dengan mengekalkan paras tenaga anda.
- Vitamin B-6 membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mengangkut oksigen ke seluruh badan, memastikan fungsi yang optimum untuk memastikan sistem imun anda kuat.
Asid Lemak Omega-3
Mengaktifkan Sel Imun
- Mengandungi ciri anti-keradangan untuk mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan sistem imun menjadi lemah.
- Memperbaiki peredaran darah dan meningkatkan tindak balas sel imun.
- Banyak penyelidikan menunjukkan omega-3 menyokong sistem imun yang optimum dengan meningkatkan fungsi sel darah putih3 untuk melawan jangkitan.