6 Langkah ke Arah Kesihatan Kesuburan Yang Lebih Baik Untuk LELAKI

Perhatian kepada para Lelaki budiman! Terdapat 6 perkara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan kesihatan kesuburan lelaki.

Pastikan ‘mereka’ sihat

Kesihatan reproduktif lelaki bergantung kepada 3 aspek sperma:

  • kesihatan setiap sperma
  • jumlah atau kepekatan sperma
  • jumlah keseluruhan sperma

Gaya hidup dan pemakanan memainkan peranan penting dalam tahap kesihatan dan kualiti sperma.

1. Ambil Vitamin Anda

Vitamin D, C, E dan KoQ10 amat penting untuk kesihatan dan kecergasan sperma. Zink yang mencukupi juga adalah asas kepada kesuburan lelaki. Sterol tumbuhan membantu mengurangkan keradangan prostat manakala polifenol pula meningkatkan prestasi sel.

2. Sayangi Jantung Anda

Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengenalpasti faktor-faktor risiko. Kekalkan diet dan berat badan yang sihat. Ambil suplemen Omega-3 untuk menyokong kesihatan jantung.

3. Dapatkan Tidur yang Berkualiti

Tingkatkan peluang untuk mendapat rehat yang secukupnya pada waktu malam.

  • Tenangkan fikiran. Cuba meditasi, solat, doa, atau mendengar muzik.
  • Elakkan minum kopi sekurang-kurangnya enam jam sebelum tidur.
  • Berhenti menggunakan peranti elektronik yang bercahaya sejam sebelum tidur.

4. Ambil Berat Mengenai Kesihatan Gigi Anda

Kesihatan mulut berkait rapat dengan kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhan. Kesihatan mulut yang kurang baik boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti serangan jantung, strok, penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti. Kekalkan kebersihan gigi yang baik.

5. Bersenam

Bersenam secara kerap atau berkala – terutamanya senaman seperti angkat berat – didapati mempunyai kaitan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah. Bersenam secara berkala juga boleh merangsang paras testosteron dan meningkatkan kesuburan.

6. Pilih Seluar Dalam Kain Kapas

Suhu yang optimum untuk sperma dan aliran udara yang mencukupi ke skrotum boleh membantu menyediakan persekitaran yang sesuai untuk sperma yang sihat.

Produk Berkaitan