Innovasi 100 Tahun
Komitmen Dr. Forrest C. Shaklee untuk membantu orang lain hidup lebih sihat bermula apabila beliau mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Dalam membina legasi inovasi dan sainsnya, falsafah Living in Harmony with Nature® adalah tunjang jantung kepada semua yang kami lakukan.

Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, kami telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Dan kami boleh membuktikannya.

“ Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ”

Dr. Forrest C. Shaklee
Pengasas, Shaklee Corporation

Keistimewaan Shaklee
Dalam membina legasi inovasi dan sainsnya, falsafah Living in Harmony with Nature® adalah tunjang kepada semua yang kami lakukan.

Kami komited untuk membuat produk dari bahan semula jadi yang asli.

  • Produk kami bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk kami mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk kami lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk kami adalah bebas gluten.
  • Kami tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan kami bebas dari penganiayaan.

Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, kami telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Selamat. Terbukti. Berkesan.

Hidup Tanpa Kompromi
Di Shaklee, kami percaya dalam menjalani kehidupan yang anda mahukan – tanpa kompromi. Kami menyediakan produk yang tulen, selamat, dan terbukti memberikan tubuh anda apa yang diperlukan untuk berkembang maju. Dan kami menyediakan peluang pendapatan yang dapat membantu anda menjalani hidup dengan istilah anda sendiri.

“ Misi kami adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik untuk semua orang. ”

Roger Barnett
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation

HIDUP MUDA LEBIH LAMA
KEKAL MUDA, JELITA.

Kami diinspirasi oleh dengan visi pengasas dan pencipta multivitamin pertama di AS, Dr. Shaklee, dan falsafahnya untuk menghasilkan produk Living In Harmony with Nature®. Kami komited untuk menyediakan bahan-bahan yang paling tulen dan terbaik dari alam semula jadi dan menerapkan piawaian saintifik kami yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal – memberikan anda Hasil Klinikal Tanpa Kompromi. Konsep kesejahteraan holistik ini telah membantu berjuta-juta orang hidup dan kelihatan lebih muda selama lebih dari 60 tahun.

 

Temui Perbezaan Shaklee dan Jalani Hidup Anda Tanpa Kompromi
SAYANGI HIDUP ANDA
Komuniti Shaklee kami telah terbukti menjadi salah satu daripada penduduk yang paling sihat di dunia. Kami juga menawarkan peluang perniagaan yang mengubah kehidupan yang dibina dengan berkongsi produk kami yang mengubah hidup. Anda akan mempunyai kebebasan untuk mengerjakan perniagaan anda dan memperoleh pendapatan pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang anda pilih, semuanya semasa menjalani kehidupan yang anda cintai.

Kajian Landmark (The Landmark Study)
Kajian Landmark, diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.

Ketahui lebih lanjut:
Nutrition Journal

Kajian Landmark Diet Tambahan (A Landmark Study) – Versi Bahasa Melayu

Kajian Telemore (The Telomere Study
Idea utama di sini: Mengekalkan telomere dari pemendekan boleh membantu anda menjalani kehidupan yang lebih lama dan sihat.
Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee Dr. Elizabeth Blackburn adalah Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere. Kami telah bekerjasama dengan Dr. Blackburn dan terbukti bahawa menggunakan makanan tambahan Shaklee untuk jangka panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.

“Saya tidak fikir saya pernah melihat sampel dewasa yang sihat dari itu; mungkin suplemen Shaklee melindungi mereka dari kesan biasa peningkatan umur, obesiti dan tekanan.”

DR. ELISSA EPEL
Profesor di Jabatan Psikiatri, di University of California.

*In a preliminary clinical study, Shaklee users who took Vivix and other Shaklee supplements had a 40% lower rate of telomere shortening across the adult age range, compared to healthy control group.

Berdamai dengan Alam

“Ikuti Undang-undang Alam dan anda tidak akan pernah salah.”

Dr. Forrest C. Shaklee
Pengasas, Shaklee Corporation

Bukan sahaja kami adalah syarikat pertama yang mengimbangi sepenuhnya pengeluaran karbon kami untuk tidak meninggalkan jejak di bumi, kami telah menanam lebih daripada 1 juta pokok di seluruh dunia dengan mendiang Dr Wangari Maathai, pemenang Nobel pertama yang diiktiraf untuk kerja-kerja alam sekitar.

Ibu Pejabat Korporat Shaklee di Pleasanton, California direka oleh Gensler San Francisco dan dibina menggunakan bahan binaan kekal lama. Reka bentuknya dipuji untuk pencahayaan optimum pada siang hari, orientasi tapak pintar dan penggunaan sistem pengedaran udara di bawah lantai, yang selanjutnya menyumbang kepada kecekapan tenaga dan kualiti udara dalaman.