Adakah Tulang Anda Sedang Menua Tanpa Anda Sedar?

Osteoporosis:

Pencuri Tulang Senyap

Osteoporosis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada ibu-ibu sibuk sehinggalah dewasa aktif dan juga warga emas yang sihat. Pencuri senyap ini melemahkan tulang secara perlahan-lahan sehingga menyebabkan anda berisiko untuk mengalami tulang patah. Gejala-gejala awal biasanya tidak disedari sehinggalah tulang menjadi rapuh.

Adakah anda salah seorang 77% itu?

Kajian yang dijalankan oleh Bone Health Alliance Malaysia (BHAM) mendapati bahawa 77% wanita Malaysia yang mengalami osteoporosis selepas menopaus tidak tahu pun mereka menghidapinya.

Anda mungkin berisiko jika anda mempunyai:

Pengambilan Kalsium yang Rendah

Makanan harian biasa seperti nasi lemak, kari dan roti canai tidak memberikan kalsium yang mencukupi untuk kesihatan tulang.

Gaya Hidup yang Tidak Aktif

Pekerjaan yang tidak melibatkan banyak pergerakan dan jadual yang padat boleh menyebabkan anda mudah mengabaikan senaman berkala yang penting untuk
kekuatan tulang.

Produk Berkaitan