Buat Pilihan Bijak! Pilih Minyak Ikan Yang Betul
Buat Pilihan Bijak! Pilih Minyak Ikan Yang Betul
Asid lemak omega-3 di dalam minyak ikan menyokong kesihatan jantung, fungsi otak, keanjalan sendi, kesihatan mata dan banyak lagi. Tetapi, tahukah anda bahawa bukan semua minyak ikan itu sama?
Berhati-hati dengan pencemaran logam berat
Minyak ikan berkemungkinan tinggi untuk mengandungi merkuri. Proses penyulingan berfungsi untuk menyingkirkan bahan cemar ini. Penyulingan berperingkat menghasilkan minyak ikan yang lebih tulen dan selamat.

Dapatkan jumlah DHA & EPA yang tepat
Fokus pada kandungan DHA dan EPA dan bukan hanya jumlah minyak ikan pada label produk. Pilih minyak ikan yang mengandungi sekurang-kurangnya 300mg DHA dan 400mg EPA untuk setiap hidangan.

Omega-3 berpektrum lengkap adalah lebih baik
Badan kita memerlukan spektrum lengkap omega-3 sebagai tambahan kepada EPA dan DHA untuk menyokong dan mengekalkan fungsi tubuh yang normal. Pilih minyak ikan yang mengandungi spektrum lengkap 7 omega-3 tulen termasuk EPA, DHA dan lain-lain!

Saiz Penting
Tahukah anda bahawa semakin besar saiz ikan, semakin tinggi pengumpulan toksin dan logam berat? Jangan tertipu!

