Nutrisi Terbaik Dalam Kelas
Lengkapkan anak-anak anda yang masih bersekolah dengan vitamin dan antioksida penting ini supaya mereka kekal sihat, fokus dan aktif di dalam kelas.
Elderberi
Terkenal mempunyai banyak manfaat kesihatan yang mengagumkan termasuk untuk kesihatan imun. Ia membantu:
- Menghalang pathogen dari memasuki badan anda.
- Meningkatkan, melinduingi dan merangsang tindak balas imun anda supaya benteng pertahanan badan sentiasa dalam keadaan terbaik.
Vitamin C
Antioksida penyokong sistem imun yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan anda. Ia membantu:
- Menambah bilangan tentera imun (sel-sel darah putih) supaya badan anda mempunyai barisan pejuang yang sentiasa bersedia untuk melawan bakteria dan virus.
- Meningkatkan jumlah senjata (antibodi) supaya badan anda dapat melawan bakteria dan virus dengan berkesan.
Vitamin D
Memainkan peranan penting bagi imuniti, kesihatan jantung, penyerapan kalsium dan kesihatan tulang. Ia membantu:
- Meningkatkan kuasa tentera imun (sel-sel darah putih) supaya boleh berjuang dengan lebih baik!
Zinc
Membekalkan sokongan kepada sistem imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya ia dapat berfungsi secara optimum. Ia:
- Memastikan tentera imun anda (sel-sel darah putih) berkomunikasi secara berkesan (isyarat intrasel) supaya badan dapat bertindak balas dengan lebih baik dan lebih pantas.