Tingkatkan Metabolisma Anda

Tahukah anda bahawa gaya hidup dan pemakanan kita boleh mempengaruhi kadar metabolisma kita? Kadar metabolisma yang lebih tinggi bermaksud badan anda boleh menukarkan makanan yang anda makan kepada tenaga yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan dengan lebih berkesan. Berita baiknya ialah anda boleh mengawal beberapa faktor untuk memberi kesan positif kepada metabolisma anda.

Pemakanan

Amalkan pemakanan seimbang yang:
  • Tinggi dengan protein tanpa lemak, serat, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin penuh dan lemak sihat.
  • Rendah dengan lemak tepu, lemak trans dan makanan yang diproses.

Tips: Makan mengikut waktu dan elakkan melangkau waktu makan.

Aktiviti Fizikal

Libatkan diri dalam aktiviti fizikal untuk:
  • Membakar kalori, membina otot tanpa lemak dan meningkatkan metabolisma.

Tips: Cuba senaman kekuatan, senaman berintensiti tinggi (HIIT) dan aktiviti mengangkat berat.

Tingkatkan NEAT Anda

Non-Exercise Activity Thermogenesis (NEAT) ialah pergerakan harian yang tidak melibatkan senaman seperti berjalan, membersihkan rumah, memasak dan menaiki tangga. Cuba aktiviti berikut untuk meningkatkan NEAT anda:
  • Berdiri semasa bermesyuarat.
  • Letakkan kenderaan anda lebih jauh.
  • Gunakan tangga sebanyak yang mungkin.

Tips: Lakukan aktiviti-aktiviti yang anda gemari seperti menari atau mendengar muzik sambil membersihkan rumah untuk meningkatkan tahap aktiviti anda.

Tidur

Badan perlukan rehat untuk mengembalikan semula fungsi tubuh dengan lebih baik:
  • Dapatkan 7-9 jam waktu tidur setiap malam.
  • Amalkan waktu tidur yang teratur.

Tips: Guna Embun by Tanamera Relaxing Magnesium Gel untuk mengurangkan tahap tekanan dan merehatkan otot untuk tidur yang lebih lena.

Uruskan Tekanan

Tekanan yang berpanjangan boleh memberi kesan negatif kepada tahap metabolisma.
  • Amalkan teknik mengurangkan tekanan seperti meditasi, yoga dan senaman pernafasan dalam.

Tips: Guna Embun by Tanamera Warming Herbal Bath untuk meredakan dan melegakan otot dan sakit sendi serta memanaskan badan untuk mandian yang menenangkan.

Produk Berkaitan