SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK!

Penuh dengan nutrien yang membantu dalam meningkatkan kesihatan, susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda yang baru lahir. Bagaimanapun, ia mungkin agak mencabar bagi anda sebagai ibu dalam minggu pertama. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda mulakannya.

AMBIL BANYAK PROTEIN

Ibu yang menyusukan anak memerlukan pengambilan protein tambahan sebanyak 13g – 19g untuk memastikan:

  • Bayi anda mendapat kesemua asid amino perlu untuk pertumbuhan mental dan fizikal.
  • Protein juga membantu menyembuhkan dan mencergaskan semula badan ibu selepas bersalin!

KEKAL TERHIDRAT

Air adalah kunci untuk penghasilan susu badan yang stabil kerana ia terdiri daripada 90 peratus air.

  • Sasarkan untuk minum 10 gelas air sehari bagi mengekalkan penghasilan susu badan anda.
  • Untuk hasil terbaik, elakkan minuman yang bersifat diuretik seperti teh, kopi dan minuman manis.

AMBIL SUPLEMEN

Cubalah penggalak susu semula jadi – alfalfa!

  • Terkenal mempunyai fungsi galaktagog, salah satu daripada suplemen herba tradisional terkenal yang digunakan untuk menggalakkan penghasilan susu badan.

KERAP SUSUKAN BAYI ANDA

Penyusuan badan umpama seperti minta-dan-beri, dan badan anda akan menghasilkan lebih banyak susu apabila terdapat permintaan.

  • Cuba selitkan sesi pengepaman tambahan sewaktu siang atau malam untuk meningkatkan kekerapan mengosongkan payudara anda.
  • Rangsangan tambahan ini akan memberi isyarat kepada badan anda untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Susukan bayi anda sekerap yang boleh untuk mengekalkan pengeluaran susu setanding dengan permintaan.

URUTAN PAYUDARA

Kajian menunjukkan bahawa mengamalkan urutan payudara ketika menyusukan anak dan mengepam susu membantu meningkatkan pengeluaran susu sehingga 48%.1

  • Urutan merangsang peningkatan paras prolaktin, memastikan susu badan anda mengalir lebih lancar dan ini mencetuskan pengeluaran yang lebih banyak.

MENDAPAT REHAT SECUKUPNYA

Tidak cukup rehat boleh menyebabkan penghasilan susu badan berkurang.

  • Cuba untuk tidur seketika apabila bayi anda tidur.
  • Tidak salah untuk mendapatkan bantuan menguruskan tugasan rumah tangga dan mintalah bantuan apabila anda perlu.

URUSKAN TEKANAN

Tekanan yang berpanjangan dan bertambah boleh menjejaskan penghasilan susu badan. Jadi, tenangkan diri dan nikmati proses penyusuan itu!

  • Cuba hobi baru seperti meditasi, mendengar radio atau membaca novel kegemaran anda untuk menenangkan diri.
  • Rehat dan manjakan diri. Cubalah ini!

Embun by Tanamera Feminine Herbal Wash

  • Mengurangkan pembengkakan dan menggalakkan pemulihan faraj yang sihat.
  • Mengecutkan tisu pada bahagian kemaluan dan menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim.
  • Membantu mengetatkan otot faraj.

Embun by Tanamera Warming Herbal Bath

  • Melancarkan peredaran darah.
  • Meredakan dan melegakan otot dan sakit sendi.
  • Memanaskan badan dan mencegah badan berangin.

RUJUKAN:
1. Morton, J., Hall, J., Wong, R., Thairu, L., Benitz, W., & Rhine, W. (2009). Combining hand techniques with electric pumping increases milk production in mothers of preterm infants. Journal Of Perinatology, 29(11), 757-764. doi:10.1038/jp.2009.87

Produk Berkaitan