Susu Ibu Tidak Semestinya Berwarna Putih

Warna susu ibu bergantung kepada beberapa faktor seperti peringkat susu ibu, pemakanan ibu dan cara penyimpanan susu ibu. Bekalkan nutrisi kepada bayi anda dengan mengekalkan pemakanan yang berkhasiat kerana ini akan memberi kesan yang positif kepada kualiti susu ibu anda.

Kuning

Normal pada peringkat kolostrum (susu pertama yang pekat dan berkhasiat tinggi). Makanan seperti kunyit juga boleh memberikan warna kekuningan.

Hijau

Selalunya disebabkan oleh pengambilan makanan berwarna hijau atau ubat-ubatan. Hubungi doktor anda jika ia disertai dengan gejala-gejala penyakit.

Kelabu/Hitam

Warna yang paling jarang dilihat (mungkin disebabkan oleh antibiotik/ubat-ubatan). Sebaiknya, bincang dengan doktor anda.

Biru

Biasanya disebabkan oleh komposisi Susu Asal, yang dilihat pada permulaan penyusuan.

Merah

Biasanya disebabkan oleh makanan/minuman yang berwarna merah. Mungkin juga daripada darah (akibat puting merekah), jadi hubungi doktor anda jika ini berterusan.

Dr. Nurzarina Abdul Rahman
Pengamal Perubatan Am & Perunding Laktasi
Klinik Famili Gravidities

Tahukah anda bahawa susu ibu akan berubah mengikut keperluan dan umur bayi? Dengarkan penerangan pakar, Dr. Nurzarina Abdul Rahman, mengenai peringkat susu ibu yang berbeza-beza.

Produk Berkaitan