Jom Bongkar 5 Mitos Tentang Perapi Rambut untuk Rambut Sihat dan Menawan

Memisahkan fakta daripada fiksyen adalah sangat penting untuk memiliki rambut yang sihat dan berkilau. Kami akan bongkarkan 5 mitos tentang perapi rambut dan berkongsi fakta penting mengenai penggunaan yang betul untuk memastikan rambut anda mendapat penjagaan yang sewajarnya.

Mitos #1: Rambut yang lembut tidak lagi memerlukan perapi

FAKTA: Perapi membantu meleraikan rambut dengan membaiki kerosakan yang disebabkan oleh pencucian, sinaran UV, penggayaan harian dan faktor-faktor lain. Walaupun rambut anda terasa lembut, ada kemungkinan bahagian hujung rambut telah rosak.

Mitos #2: Perapi diperbuat daripada bahan-bahan kimia berbahaya

FAKTA: Sesetengah perapi mungkin mengandungi sedikit bahan kimia berbahaya. Jadi, anda perlu memilih formulasi berasaskan tumbuhan atau yang selamat untuk rambut sensitif, bersesuaian dengan rutin anda.

Cuba Saya!

ProSante Replenishing Conditioner diformulasikan dengan humektan, emolien dan protein sayur-sayuran. Mengandungi Scalp Health Complex yang diformulasikan untuk kesihatan dan pertumbuhan rambut yang optimum.

Mitos #3: Perapi boleh menyebabkan rambut gugur

FAKTA: Tidak ada kaitan secara langsung antara perapi dan rambut gugur. Jika rambut anda gugur selepas menggunakan perapi, ia mungkin disebabkan oleh penggunaan syampu yang agresif atau menyikat rambut yang masih basah dengan terlalu kuat.

Mitos #4: Elakkan menggunakan perapi pada kulit kepala; ia memudaratkan

FAKTA: Ianya benar bahawa perapi tidak patut digunakan pada kulit kepala, namun ia bukan kerana ia memudaratkan. Kulit kepala anda menghasilkan minyak semula jadi untuk melembapkan rambut. Oleh itu, penggunaan perapi pada kulit kepala boleh menyebabkan rambut berminyak.

Mitos #5: Perapi menyebabkan rambut kelihatan tidak bermaya

FAKTA: Penggunaan perapi pada kulit kepala, penggunaan secara berlebihan dan pembilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan rambut kelihatan tidak bermaya apabila kering. Pilih perapi yang sesuai untuk jenis rambut anda dan gunakan jumlah yang betul untuk mengelakkan akar rambut menjadi lemah.

 

Produk Berkaitan