Kalsium: Nutrien Yang Tidak Diambil Secukupnya oleh Rakyat Malaysia

Berdasarkan sebuah kajian tentang pemakanan orang dewasa Malaysia, purata pengambilan kalsium adalah sangat rendah (490.3 mg) dan tidak memenuhi saranan RNI iaitu 800–1,000 mg kalsium untuk orang dewasa.

RUJUKAN:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6449549/#:~:text=The%20mean%20intake%20of%20calcium,RNI%20value%20(400%

3 Langkah ke arah Tulang Kuat

Bergerak aktif

Makan secara seimbang

Ambil suplemen pembina tulang yang lengkap

dengan nutrien seperti kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron

Fakta Ringkas Tentang Osteoporosis

1 daripada 3 wanita and 1 daripada 5 lelaki

akan mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis.1

Lebih daripada

8.9 juta

penduduk dunia mengalami patah tulang akibat osteoporosis setiap tahun, bersamaan dengan 1 kes setiap 3 saat.2

1 daripada 10

pesakit patah tulang pinggul akan dimasukkan kembali ke hospital dalam masa 30 hari.3

Wanita dan lelaki mula

kehilangan ketumpatan tulang bermula pertengahan umur 30-an.

Di Malaysia, osteoporosis masih

kurang didiagnos dan dirawat.

1 daripada 3

orang dewasa berumur 50 tahun ke atas yang mengalami patah tulang pinggul mati dalam masa 12 bulan.4

Tahukah anda? Makanan berikut boleh mengurangkan simpanan kalsium anda

Hentikan kehilangan kalsium! ELAKKAN:

Makanan Masin

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan kehilangan kalsium dan mineral tulang terutamanya bagi wanita yang telah menopaus. Kurangkan makanan yang diproses dan utamakan makanan rendah sodium.

Minuman Soda

Minuman ringan berkarbonat boleh meningkatkan kehilangan kalsium.

Kafein

Kesan diuretik kafein menyebabkan kehilangan kalsium terutamanya jika anda mengambil dua atau lebih cawan kopi setiap hari.

Daging Merah

Daging mengandungi 2 hingga 5 kali lebih banyak asid amino yang mengandungi sulfur berbanding makanan berasaskan tumbuhan. Semasa proses penukaran sulfur menjadi sulfat, tulang akan larut ke dalam aliran darah dan ditapis melalui buah pinggang ke dalam air kencing. Laporan menunjukkan apabila protein daripada sumber haiwan dielakkan dalam pemakanan, kehilangan kalsium akan berkurangan sebanyak 50%.

Merokok

Merokok meningkatkan risiko patah tulang sebanyak 44% bagi perokok jangka panjang berbanding dengan bukan perokok.
Ini kerana merokok mengurangkan bekalan darah ke tulang, melambatkan penghasilan sel pembina tulang dan memberi kesan kepada keseimbangan estrogen. Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko patah tulang sebanyak 50% dalam tempoh 10 tahun.

Produk Berkaitan