LAWAN PENCEMARAN, KEMBALIKAN KESERIAN

Setiap hari, kita berdepan dengan keadaan yang membimbangkan – udara tercemar, sinaran UV, asap, udara kering atau lembap dan banyak lagi. Semua faktor-faktor ini boleh merosakkan kulit kita dan mempercepatkan proses penuaan.

Lindungi kulit anda daripada pencemaran dengan Penjagaan Kulit YOUTH™.

Bagaimana Pencemaran Merosakkan Kulit

Bahan pencemar menembusi membran kulit dan tersebar ke dalam tubuh badan sehingga mencetuskan tekanan oksidatif daripada penghasilan radikal bebas. Ini akan merendahkan paras antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dan tubuh badan anda daripada terus merosak.

Kesan Pencemaran kepada Kulit

Pencemaran

Ekzos kenderaan, asap rokok, kabut asap dan pelepasan gas boleh menyebabkan hiperpigmentasi, pori menjadi besar, kedutan, kemerahan dan kekeringan serta mengundang kemunculan jerawat.

Lindungi Kulit Anda!
Gunakan pembersih yang lembut, tidak mengeringkan tetapi berkesan untuk menghilangkan kekotoran harian.

YOUTH™ Luminous Gel Oil Cleanser
♥ 3-dalam-1 dan bebas sabun.
♥ pH-seimbang.
♥ Menghaluskan, menyuci dan menyediakan kulit anda.

Sinaran UV

Walaupun cahaya matahari penting bagi menghasilkan vitamin D, pendedahan yang berpanjangan kepada sinar UV boleh menyebabkan penuaan pramatang pada kulit dan kesan-kesan kerosakan akibat cahaya matahari seperti kedutan, kulit menjadi tebal dan kasar, pigmentasi dan perubahan warna kulit.

Lindungi Kulit Anda!
Gunakan krim pelindung cahaya matahari berspektrum luas walaupun berada di dalam bangunan kerana sumber cahaya seperti lampu pendaflour juga menghasilkan sinar UV.

YOUTH™ Age Defense Moisturizer – SPF 50
♥ Melembap dan menambah baik penampilan kulit secara menyeluruh.
♥ Melindungi kulit dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB.
♥ Kaya dengan vitamin dan nutrien botani.

Pendingin Hawa

Alat pendingin hawa boleh menghilangkan kelembapan dalam bangunan sehingga mengeringkan kulit anda. Ini akan menyebabkan kulit mengalami dehidrasi, tegang, mengelupas dan gatal.

Lindungi Kulit Anda!
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari dan sapu krim pelembap secara kerap pada kulit.

YOUTH™ Advanced Renewal Night Cream
♥ Kelembapan yang berpanjangan.
♥ Meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit.
♥ Menggalakkan proses pembaharuan kulit anda semasa tidur.

YOUTH™ Moisture Lock Day Cream
♥ Mengunci kelembapan kulit.
♥ Penghidratan mendalam dan mengekalkan tahap kelembapan yang tinggi.
♥ Melembutkan dan membantu mengurangkan penampilan garis halus.

Produk Berkaitan