Keyakinan Bermula daripada Kulit yang Berseri
Keyakinan Bermula daripada Kulit yang Berseri
Setiap hari, wanita sering mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri – mendidik, membina dan menginspirasi. Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, manjakan diri anda, terutamanya kulit anda dengan kasih sayang yang sewajarnya. Amalkan penjagaan kulit yang bermula dengan perlindungan dan diakhiri dengan pembersihan menyeluruh. Penjagaan diri bukan sekadar kemewahan, tetapi juga cara untuk meraikan diri anda.
Lindungi Keserian Anda
dengan YOUTH™ Age Defense Moisturizer – SPF 50
Setiap hari, kulit anda terdedah kepada sinaran matahari, pencemaran dan tekanan persekitaran. YOUTH™ Age Defense Moisturizer – SPF 50 adalah lapisan perlindungan utama andayang membekalkan perlindungan berspektrum luas serta memastikan kulit anda kekal terhidrat dan berseri.
- Melembap dan menambah baik tona kulit secara menyeluruh
- Melindungi kulit dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF50 UVA/UVB
- Kaya dengan vitamin dan khasiat botani

Membersih dengan Lembut
dengan Pomifera Erase Purifying Pre-Cleanse
Setelah sibuk seharian, manjakan kulit anda dengan permulaan yang segar. Pomifera Erase Purifying Pre-Cleanse menanggalkan pelindung matahari, kekotoran dan solekan degil dengan lembut tanpa mengeringkan kulit untuk kulit lebih bersih, lembut dan segar.
- Lembut
- Menghidratkan kulit
- Melarutkan kekotoran