Sajian Lazat dan Kreatif ESPecially untuk anda
Tingkatkan penggunaan ESP Soy Protein dan sesuaikannya mengikut keperluan dan matlamat kesihatan anda.

Rangsangan Protein
Minuman Berprotein Tinggi
Membekalkan 24g protein untuk anda kekal kenyang sepanjang sesi senaman, mesyuarat pagi dan pemanduan jarak jauh.
Bahan-bahan
- 3 sudu besar ESP Soy Protein
- 1 genggam badam
- 1 cawan yogurt
- 250ml air
- Ais (pilihan)
Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.

Kesihatan Pencernaan
Puding Penuh Serat
Cara yang mudah untuk meningkatkan pengambilan serat dan memberikan lebih sokongan kepada sistem pencernaan anda.
Bahan-bahan
- 3 sudu besar ESP Soy Protein
- 5 tablet Shaklee Alfalfa Complex
- 1/4 cawan biji Chia
- 2/3 cawan air
Cara-caranya
- Masukkan ESP Soy Protein, air, dan biji Chia ke dalam mangkuk dan kacau hingga semua bahan-bahan sebati.
- Tutup mangkuk dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Hidangkan puding di dalam mangkuk atau gelas kecil dan taburkan serbuk Shaklee Alfalfa Complex.

Kecantikan
Berry Beauty Burst
Cara yang lazat bagi mencukupkan antioksida serta protein harian anda untuk kulit yang licin dan berseri.
Bahan-bahan
- 3 sudu besar ESP Soy Protein
- 1 sudu teh Vivix®
- 1/2 cawan beri biru
- 1/2 cawan strawberi
- 250ml air
- Ais (pilihan)
Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.

Tenaga
Choco-Nana Crush
Padat dengan bahan-bahan yang meningkatkan tenaga dan sangat sesuai dijadikan sarapan ringkas untuk memulakan hari anda atau minuman penyegar pada waktu tengah hari.
Bahan-bahan
- 3 sudu besar ESP Soy Protein
- 2 sudu besar serbuk coklat
- 1 biji pisang
- 250ml air
- Ais (pilihan)
Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
