Adakah Protein Membuatkan Saya Gemuk?
Adakah Protein Membuatkan Saya Gemuk?
TIDAK! Sebaliknya, penggunaan secara konsistenprotein berasaskan tumbuhan, rendah indeks glisemik dan protein bukan GMO membantu dalam pengurusan berat badan. Ketahui bagaimana.
Memberikan Anda Tenaga Berkekalan
Protein dicerna sebelum ianya dibebaskan sebagai tenaga, ia adalah sumber rangsangan tenaga yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Pencernaan yang perlahan membantu anda mengekalkan tenaga sepanjang hari, agar anda boleh melakukan lebih banyak aktiviti dalam sehari.
Soya Protein membantukan penurunan kolesterol darah! 25g protein soya sehari memberikan kesan penurunan kolesterol darah.
Membantu Anda Mengekalkan Ukur Lilit Pinggang
Apabila digabungkan dengan senaman, protein membantu pembentukan otot. Ini sering disalahertikan sebagai penambahan berat badan Pemakanan tinggi protein meningkatkan metabolisma, penggunaan konsisten protein membantu mengekalkan berat badan anda. Pastikan anda memilih serbuk protein yang tidak
mengandungi gula pasir putih supaya anda tidak menambah ukur lilit pinggang anda.
Lebih Otot = Lebih Pembakaran Kalori
Protein membentuk dan membina otot. Otot membakar kalori, lebih banyak otot yang anda miliki, maka lebih banyak kalori tubuh anda boleh terbakar. Dengan pengambilan protein secara konsisten, anda melatih badan untuk membakar kalori secara berterusan dan meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak.
Makanan Sihat Yang Mudah
Shake Protein adalah cara terbaik untuk menambah protein tambahan dalam diet anda. Ia juga bertindak sebagai makanan sihat yang mudah berbanding makanan sejuk beku atau makan segera yang berminyak. Mudah diambil dan disediakan, hanya tambah sebuk protein ke dalam minuman kegemaran anda atau air dan kocak untuk tubuh yang lebih sihat!
Membantu Mengawal Selera dan Mengurangkan Keinginan Makan
meningkatkan rembesan hormon peptide YY, yang membantu anda berasa kenyang lebih lama. Hasilnya, ia membantu mengawal selera makan anda, oleh itu anda makan kalori yang sedikit dalam hidangan seterusnya. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi yang tinggi protein mempunyai kesan yang signifikan dalam mengawal nafsu makan serta pengambilan snek lewat malam.