Ilham Juadah Ringkas
Ilham Juadah Ringkas
Dengan cara yang lebih sihat, resipi mudah, lazat dan berkhasiat ini pastinya akan memenuhi selera anda setiap kali anda menginginkan hidangan manis. Cubalah sekarang!


Mousse Café Latte Berprotein Tinggi dengan Tofu
Inginkan sesuatu yang manis selepas solat Tarawih? Tiada pilihan yang lebih baik daripada hidangan coklat yang mudah disediakan ini!
Bahan-bahan:
100g Taufu lembut
2 skup Cinch® Café Latte
5g Serbuk koko
80g Coklat, dicairkan
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam cawan kecil dan balut dengan plastik. Sejukkan
di dalam peti sejuk selama 4 jam. - Buka plastik pembalut dan taburkan serbuk koko.
- Hidangkan semasa sejuk!


Lychee Lime Smoothie
Minuman pemberi tenaga yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.
Bahan-bahan:
1 sudu besar Performance™
Natural Lemon-Lime
1 cawan Laici beku
1 cawan Kiub ais
1 cawan Air
Cara Penyediaan:
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
- Hiaskan dengan buah laici dan sedia untuk dihidang!