Makan Dengan Betul Untuk Meningkatkan Susu Ibu
Makan Dengan Betul Untuk Meningkatkan Susu Ibu
Pemakanan sangat penting semasa menyusu dan makanan tertentu dapat menggalakkan penghasilan susu ibu secara semula jadi. Oleh itu, sertakan mereka dalam diet harian anda untuk kesan yang optimum!
Ambil Nutrien Ini!
Sayuran Berdaun Hijau
kaya dengan vitamin dan mineral
Salmon
kaya dengan asid lemak omega-3
Alfalfa
meningkatkan hormon prolaktin untuk merangsang penghasilan susu ibu
Bubur Oat
kaya dengan beta-glukan untuk meningkatkan hormon prolaktin
Air
susu ibu mengandungi 88% air
Cuba Ini! Penggalak Susu Super Mama
Kukis sihat dan enak yang boleh dinikmati ibu menyusu untuk meningkatkan bekalan susu badan.
Bahan-bahan
-
2 skup ESP Soy Protein Isolate Powder
-
1/4 cawan Mentega organik atau minyak kelapa
-
2 sudu besar Gula organik
-
2 sudu besar Susu badam/ susu skim/ susu
-
1/4 cawan Badam kisar
-
1/2 cawan Rolled oat
-
1/2 sudu kecil Ekstrak vanila
-
1/8 sudu kecil Garam Himalaya atau garam laut
-
1/4 cawan Campuran buah kering atau kacang campuran, atau cip coklat mini
Cara penyediaan
-
Campur dan gaulkan mentega, ekstrak vanila dan gula ke dalam mangkuk adunan dengan menggunakan sudu.
-
Campurkan bahan-bahan yang selebihnya ke dalam sebatian.
-
Sendukkan 10-12 bebola, jarakkan 2-3 inci antara setiap bebola dan letakkan di atas kertas pembakar anti-melekat.
-
Tekan setiap bebola dengan garpu basah pada satu arah dan diikuti dengan arah yang bertentangan.
-
Bakar pada suhu 160° C selama 15 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Susun di atas rak penyejuk selama 10 minit dan nikmati dengan minuman kegemaran anda!