Elderberi – Bintang Kesihatan Imun
ELDERBERI – BINTANG KESIHATAN IMUN
Sains telah membuktikan peranan penting elderberi kepada kesihatan imun melalui kajian-kajian sel di makmal dan beberapa kajian klinikal yang dijalankan ke atas manusia, seterusnya menjadikan makanan tinggi nutrien ini sebagai ‘bintang kesihatan imun’! Melalui kajian-kajian ini, kami percaya kebaikan warna ungu yang terdapat pada elderberi seharusnya menjadi salah satu bahagian penting bagi pemakanan harian anda!
TAHUKAH ANDA?
Permintaan terhadap elderberi melonjak sehingga memecahkan rekod jualan, seterusnya menjadikan elderberi sebagai bintang kesihatan imun bagi tahun 2020 dan 2021! Rekod ini membuktikan keyakinan pengguna kepada elderberi dalam menambah baik kesihatan secara menyeluruh khususnya bagi meningkatkan perlindungan tubuh badan mereka.
Petikan daripada dua buletin terkemuka mengenai elderberi sebagai ‘bintang utama’!
Sumber: Nutraingredients-usa.com (2021)1
Sumber: American Botanical Council (2021)2
Ingin tahu lebih lanjut mengenai elderberi?
Dapatkan maklumat daripada kajian-kajian ini!
Advanced research on the antioxidant and health benefit of elderberry (Sambucus nigra) in food – a review
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1756464614002400
Sambucus nigra (black elder) as alternative treatment for cold and flu
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7347422/
Anti-influenza activity of elderberry (Sambucus nigra)
https://carmelberry.com/wp-content/uploads/2020/02/ElderberryStudyFlu2019.pdf
Sambucus nigra extracts inhibit infectious bronchitis virus at an early point during replication
https://bmcvetres.biomedcentral.com/articles/10.1186/1746-6148-10-24
Mengapa Elderberi?
Elderberi digunakan secara tradisional untuk menyokong kesihatan imun dan melegakan gejala-gejala selesema dan flu. Ia juga telah diketengahkan dalam banyak kajian-kajian terkini yang menyokong kegunaannya untuk kesihatan imun.
Elderberi dikenali sebagai Super Beri berbanding dengan beri-beri yang lain kerana ia padat dengan kandungan antioksida unggul seperti antosianin polifenol yang memberikan warna ungu gelap, asid fenolik, flavanol, vitamin A dan vitamin C3 kepada elderberi. Unsur-unsur yang wujud ini menunjukkan elderberi mempunyai:
Ciri antioksida yang dapat mengurangkan kerosakan sel-sel akibat pengoksidaan supaya badan anda lebih sihat3,4
Aktiviti antibakteria dan antivirus untuk membantu anda melawan jangkitan.3,5
Ciri antiradang untuk melegakan kesakitan dan bengkak.3
Bagaimana Elderberi Berfungsi?
Elderberi dikaitkan dengan kemampuan untuk menguatkan kesihatan imun kerana unsur-unsur semulajadi di dalamnya dapat membantu untuk:
- Menyekat virus daripada memasuki dan mereplikasi di dalam sel perumah4,5 seterusnya mengurangkan kemungkinan terkena jangkitan.
- Mengurangkan penyebaran virus dari sel ke sel untuk mengurangkan keterukan dan tempoh selesema dan flu.5
- Mengawal atur penghasilan sitokin untuk tindak balas imun yang lebih sihat terhadap jangkitan.5
- Menambah baik aktiviti sel-sel darah putih untuk melegakan gejala-gejala selesema dan flu, seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan.6
- Melindungi sel imun anda daripada kerosakan oksidasi untuk meningkatkan perlindungan anda.6
Rujukan:
1. Elderberry supplement sales skyrocketed to $320 million in 2020: ABC report (nutraingredients-usa.com)
2. Herbal Supplement Sales in US Increase by Record-Breaking 17.3% in 2020 – American Botanical Council (herbalgram.org)
3. Sidor, A., & Gramza-M. A. (2015). Advanced research on the antioxidant and health benefit of elderberry (Sambucus nigra) in food – A review.
Journal of Functional Foods, Volume 18, Part B. doi:10.1016/j.jff.2014.07.012.
4. Mahboubi, M. (2020) Sambucus nigra (black elder) as alternative treatment for cold and flu. ADV TRADIT MED (ADTM). doi: 10.1007/s13596-020-00469-z.
5. Golnoosh, T., Torabian, G., Valtchev P., Adil, Q., & Dehghani, F. (2019). Anti-influenza activity of elderberry (Sambucus nigra). Journal of functional foods, 54, 353-360. doi: 10.1016/j.jff.2019.01.031
6. Chen, C., Zuckerman, D. M., Brantley, S., Sharpe, M., Childress, K., Hoiczyk, E., & Pendleton, A. R. (2014). Sambucus nigra extracts inhibit infectious bronchitis virus at an early point during
replication. BMC veterinary research, 10, 24. Doi: 10.1186/1746-6148-10-24.