ELDERBERI BERI YANG LUAR BIASA

Saiznya kecil. Kuasanya besar. Elderberi adalah Makanan Luar Biasa (superfood), penjana nutrien, kaya dengan fitonutrien. Selama berabad-abad, Elderberi terkenal kerana mempunyai pelbagai manfaat kesihatan yang mengagumkan, termasuk kesihatan imun.

DAPATKAN PERLINDUNGAN UNGU DARI ELDERBERI

1. Tinggi Kandungan Antioksidan

Sumber asid fenolik, flavonol, Vitamin A dan C yang bagus, iaitu antioksidan utama untuk membantu melawan radikal bebas dan tekanan oksidatif.1

2. Kaya dengan Polifenol-Antosianin

Nutrien utama dalam Elderberi, antosianin adalah sebatian yang bertanggungjawab memberikan buah ini warna ungu gelap dan ia popular dengan sifat antikeradangan dan antikarsinogenik, manfaat kesihatan kardiovaskular dan kesihatan imun.2 Elderberi mengandungi lebih banyak antosianin berbanding beri yang lain.

3. Secara tradisional digunakan untuk melegakan simptom demam dan selsema

Makanan perubatan dan penawar semulajadi dalam perubatan tradisi rakyat Eropah untuk membantu melegakan demam, selsema, sakit-sakit badan, batuk, hidung tersumbat dan sinus.3,4

4. Meningkatkan Pertahanan Badan

Mengandungi ciri antibakteria dan antivirus semulajadi, yang boleh membantu badan anda melawan jangkitan.5

5. Mempercepatkan penyembuhan, Mengurangkan demam dan selsema yang berpanjangan.

Kajian mendapati bahawa penghidap selsema mengalami tempoh serangan yang lebih pendek dan simptom yang kurang teruk apabila mengambil ekstrak elderberi pada permulaan kemunculan simptom. Sebatian dalam elderberi didapati menyekat protein dalam virus selsema daripada melekat kepada sel perumah. Ini dapat menjelaskan mengapa ia kelihatan boleh melawan selsema.6

Rujukan:
1. Sidor, A., & Gramza-M. A. (2015). Advanced research on the antioxidant and health benefit of elderberry (Sambucus nigra) in food – A review. Journal of Functional Foods, Volume 18, Part B. doi:10.1016/j.jff.2014.07.012.
2. Jian He et al. (2010). Anthocyanins: natural colorants with health-promoting properties. Annual Review of Food Science and Technology. Vol. 1:163-187 (Volume publication date 10 April 2010).
3. Mahboubi, M. Sambucus nigra (black elder) as alternative treatment for cold and flu. Adv tradit med (adtm) (2020) doi:10.1007/s13596-020-00469-z
4. Zakay R. Z., Thom, E., Wollan, T., & Wadstein, J. (2004). Randomized study of the efficacy and safety of oral elderberry extract in the treatment of influenza A and B virus infections. The Journal of international medical research, 32(2), 132–140. doi: 10.1177/147323000403200205
5. Porter, R. S., & Bode, R. F. (2017). A Review of the Antiviral Properties of Black Elder (Sambucus nigra L.) Products. Phytotherapy research : PTR, 31(4), 533–554. doi:10.1002/ptr.5782
6. Tiralongo, E., Wee, S. S., & Lea, R. A. (2016). Elderberry Supplementation Reduces Cold Duration and Symptoms in Air-Travellers: A Randomized, Double-Blind Placebo-Controlled Clinical Trial. Nutrients, 8(4), 182. doi:10.3390/nu8040182

Related Product