Nikmati hidangan Raya tanpa rasa bersalah!

Apalah makna musim perayaan tanpa makanan kegemaran kita seperti rendang, lemang, sate, kuah kacang dan pelbagai jenis kuih? Bagaimanapun, kesan selepas itu yang membuatkan kita tidak selesa. Namun jangan bimbang kerana produk ini boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan anda ketika anda menyahtoksin supaya anda boleh menikmati makanan kegemaran pada bila-bila masa, di mana sahaja!

Makan Berlebihan? Bantu Hati untuk Tanganinya
Bantu tubuh anda menyingkirkan toksin untuk mengembalikan dan mengekalkan kesihatan hati anda menggunakan formulasi herba yang bermanfaat seperti ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok.

Rasa Tersekat?
Seringkali, kita akan mengabaikan pengambilan serat dan air secukupnya terutama ketika musim perayaan ini. Jangan risau, kerana Herb-Lax adalah campuran proprietari yang termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Ia juga membantu melegakan sembelit ringan yang disebabkan pengambilan serat dan air yang rendah.

Perlukan Bantuan untuk Detoks?
Digelar sebagai “Bapa kepada segala makanan”, alfalfa adalah gudang yang menyimpan kira-kira 300 jenis nutrien. Ia kaya dengan kandungan serat penghadaman dan enzim yang menjalankan fungsi badan. Beberapa kajian klinikal mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus yang sihat dan sistem penghadaman yang sihat.1, 2

Rasa Lesu selepas Makan Kenyang?
Tingkatkan tenaga anda dengan mengoptimumkan fungsi sel dan menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. CoQ-Trol Plus membekalkan
sebatian semula jadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Ia juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum.

Rasa Kembung?
Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk menenangkan dan melegakan perut. Ia juga boleh membantu melawaskan penghadaman, termasuk kembung dan berangin. Ia mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut.

Terlalu banyak Makanan Berminyak?
Lesitin soya memecahkan lemak kepada molekul halus untuk penghadaman, maka mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan. Ia membantu dengan memecahkan lemak kepada asid lemak untuk menggalakkan badan menggunakannya sebagai bahan tenaga dan bukannya menyimpan lemak berkenaan dalam tisu.

Rujukan:
1. Jasjeet D, Pankaj K, Tiwari BN, Rakesh P. Chemo-pharmacological aspects of alfalfa. ScienSage. 2011(2)1;50-53
2. Castleman M, Emmaus PA. The healing herbs. Rodale Press, 1991;37-9.

Produk Berkaitan