Exfoliation: Kunci untuk Kulit Halus dan Licin
Exfoliation: Kunci untuk Kulit Halus dan Licin
Exfoliation memainkan peranan penting dalam rutin penjagaan kulit. Ia menyingkirkan sel-sel kulit mati daripada permukaan kulit agar kulit kelihatan lebih bersih dan cerah.
Tahukah anda?
Kulit anda menyingkirkan sel-sel kulit mati setiap 30 hari secara semula jadi. Semasa proses ini berlaku, sel-sel kulit baru membentuk lapisan teratas kulit anda. Walau bagaimanapun, jika sel-sel kulit mati tidak disingkirkan dengan betul, ia boleh menyebabkan kulit kusam, kering dan mengelupas.
5 Sebab Anda Perlu Exfoliate Kulit Anda
1. Mengurangkan Cela dan Jerawat
Jika anda menghadapi masalah jerawat atau kulit bermasalah, exfoliate dengan lembut dapat membantu membersihkan liang pori tersumbat serta mengurangkan bintik putih dan hitam.
4. Meningkatkan Kelembapan Kulit
Apabila kulit anda licin dan liang pori tidak tersumbat, produk penjagaan kulit terutamanya pelembap boleh menyerap dengan berkesan ke dalam kulit anda.
2. Membersihkan Liang Pori
Exfoliation menyingkirkan sel-sel kulit mati, kepingan kulit kering dan kotoran yang boleh menyumbatkan liang pori.
5. Detoks Kulit
Dengan exfoliation, anda sebenarnya sedang membersihkan kulit daripada kotoran dan lebihan minyak untuk kulit lebih bersih dan segar.
3. Tona Kulit Sekata
Exfoliation menyingkirkan sel-sel kulit yang lama dan memberi laluan untuk sel-sel kulit baru serta menyerlahkan tona kulit yang lebih cerah dan sekata.