Berpuasa untuk Kali Pertama?
Berpuasa untuk Kali Pertama?
Mudahkan Puasa Anak Anda dengan Panduan ini!
Adalah biasa untuk 2 hingga 3 hari pertama merupakan masa yang amat sukar bagi kanak-kanak yang cuba berpuasa buat kali pertama. Dari perspektif nutrisi, berikut adalah beberapa idea untuk ibu bapa bantu meringankan pengalaman berpuasa mereka.

Tidur Awal dan Bangun Awal
Galakkan anak anda untuk menjalani rutin tidur yang betul serta tidur yang cukup untuk membantu mereka:
- Bangun pada waktu sahur.
- Pastikan tahap tenaga mereka tinggi.
- Peka dan fokus di dalam kelas.

Melibatkan Anak Anda Dalam Persiapan Iftar
Dengan melibatkan anak anda dalam persiapan iftar, ia membolehkan anak anda merasai pengalaman berpuasa secara menyeluruh.
- Jadikan ia pengalaman mengeratkan hubungan yang menyeronokkan.
- Sediakan makanan dan pencuci mulut kegemaran mereka.
- Jadikan resipi anda lebih sihat dengan menggunakan Shaklee Meal Shake ke dalam ais krim yang sedap dan shake yang berkrim.

Permulaan Hari Yang Baik
Makanan pertama hari itu adalah paling penting. Berikan anak anda permulaan yang baik pada waktu sahur dengan:
- Makanan bertenaga tinggi. Susu dan telur adalah penggalak tenaga yang hebat.
- Segelas Shaklee Meal Shake yang lazat serta mengandungi vitamin dan mineral untuk memastikan anak anda berasa kenyang lebih lama.
- Minuman yang sihat bagi memastikan mereka terhidrasi sepanjang hari dengan Performance® berperisa oren atau lemon-lime yang lazat.
- Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang penting.

Makan Secara Sihat
Galakkan pemakanan sihat semasa Iftar untuk menggantikan elektrolit yang hilang dan kekurangan vitamin serta mineral.
- Kurma dan air – cara mudah untuk berbuka puasa.
- Sup masakan sendiri dan stew adalah sihat serta kaya dengan mineral serta garam.
- Elakkan makanan berminyak dan makan terlalu banyak.
- Segelas Shaklee Meal Shake untuk melegakan perut selepas seharian berpuasa dan menghalang anak anda dari terlebih makan.
Berpuasa Lebih Mudah!
- Sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium dan zink untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
- Membantu memastikan perut kenyang lebih lama.
- Rasa yang sedap apabila ditambah ke dalam shakes, sup berkrim dan ais krim!
- Sempurna untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif. Ibu dan ayah juga akan menyukainya!
Kekal Kenyang dan Terhidrasi Sepanjang Hari!