F.L.Y PERTAMA, SAYANGI DIRI ANDA

Kekal duduk di rumah dengan membuat pilihan yang sihat membantu anda dan insan tersayang kekal cergas. Cubalah 5 panduan terbaik kami untuk kesihatan imun yang lebih baik!

Membekalkan Nutrisi Harian

  • Kekal terhidrat dengan sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari.
  • Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran pada setiap waktu makan.
  • Dapatkan nutrien pembina tulang daripada susu, yogurt, dan keju. Tambahkan dengan OsteMatrix® bagi membina kekuatan tulang untuk badan yang kuat.
  • Makan daripada sumber omega-3 dengan mengambil kekacang, bijirin, dan ikan. Pilih suplemen seperti OmegaGuard.

Makan Ikut Waktu

  • Mengekalkan paras tenaga dan gula dalam darah membantu menyihatkan tubuh badan supaya anda dapat melindungi diri daripada kuman. Makanlah mengikut waktu. Apabila anda tidak sempat, ambillah minuman shake yang disediakan menggunakan ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour untuk membekalkan nutrien yang pantas dan mudah. ESP mengandungi 9 asid amino penting, 5 vitamin B dan 14g protein soya dalam setiap hidangan.

Fokus Antioksida

  • Mulakan setiap hari dengan Sustained Release Vita-C Plus! Kajian mendapati bahawa antioksida memainkan peranan penting dalam membantu badan menguruskan keradangan terutamanya untuk mengekalkan kesihatan sistem imun. Ambillah makanan yang tinggi antioksida seperti bayam, kekacang, avokado, labu, coklat pahit, dan buah-buah beri.

Kekal Aktif

  • Keajaiban menjadi aktif ialah ia dapat mengurangkan tekanan (yang boleh memberi kesan negatif kepada sistem imun) dan merangsang tindak balas imun kita. Pergilah berjalan, berjoging, berlatih yoga atau menggerakkan badan dengan aplikasi senaman kecergasan di rumah. Senaman yang teratur, makanan seimbang yang kaya serat dan banyakkan minum air, semuanya menyumbang kepada badan yang sihat. Pada hari-hari anda perlukan sedikit bantuan, Herb-Lax menggalakkan pergerakan usus yang sihat untuk membantu proses semula jadi badan.

Kekal Positif

  • Dalam keadaan yang tidak menentu ini, marilah membuat satu komitmen untuk menjadi seorang yang positif dan menjaga tubuh kita. Cuba rehatkan minda selama 10 minit setiap hari. Padamkan semua peranti sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur untuk menenangkan diri dan mendapat rehat yang baik pada waktu malam. Esok keadaan akan bertambah lebih baik!

Produk Berkaitan