Minyak Ikan: Teman Baik untuk Otak dan Jantung Anda!
Minyak Ikan: Teman Baik untuk Otak dan Jantung Anda!
Badan kita memerlukan nutrien yang betul untuk kekal sihat. Apakah nutrien yang penting namun sering diabaikan? Asid lemak omega-3, khususnya EPA dan DHA yang banyak ditemui dalam minyak ikan. Ia adalah lemak sihat yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Ketahui manfaat luar biasa omega-3 untuk jantung dan otak anda.
Meningkatkan Prestasi Otak
Omega-3 penting untuk fungsi dan perkembangan kognitif. 60% daripada bahagian otak kita terdiri daripada lemak dan kebanyakan sistem saraf juga terdiri daripada lemak. Korteks serebrum yang bertanggungjawab untuk daya ingatan dan fokus dianggarkan mengandungi 20% DHA. Menurut kajian, EPA dan DHA:

Terlibat dalam penghantaran maklumat di antara saraf.3

Memberi kesan positif kepada mood4, kognitif, daya ingatan, keupayaan pembelajaran dan fokus.5

Menyokong proses penuaan yang sihat dengan memperlahankan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia seperti Alzheimer dan nyanyuk.6

Adiwira Kesihatan Jantung
Minyak ikan bertindak seperti pengawal peribadi jantung anda.Omega-3 telah terbukti dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. EPA dan DHA telah terbukti melalui kajian dapat:

Mengawal atur paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah.1,2

Meningkatkan pengaliran darah.1,2

Mengekalkan degupan jantung yang sihat. 1,2

Manfaat omega-3 bukan sekadar untuk Otak dan Jantung sahaja!
SENDI
Menyokong pemulihan sendi, menggalakkan fleksibiliti dan pergerakan.

KEHAMILAN DAN PENYUSUAN
Meyokong kesihatan ibu dan perkembangan otak bayi.

RAMBUT, KULIT DAN KUKU
Meningkatkan penghidratan dari dalam dan keanjalan kulit.

MATA
Menyokong fungsi mata yang sihat.

