GLA Untuk Setiap Wanita
GLA Untuk Setiap Wanita
Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan anda. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan, jadi ianya perlu diambil melalui pemakanan atau suplemen harian.
Menggalakkan Kesihatan Kulit
Rahsia kulit sihat berseri bergantung pada tahap kelembapannya. GLA telah terbukti secara klinikal dapat memberikan manfaat berikut:
- Meningkatkan tahap kelembapan kulit.1
GLA mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit kita. - Melegakan keradangan dan kerengsaan kulit.2
Kulit yang mengalami kerengsaan dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang lebih rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.
Meredakan Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)
Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan kesejahteraan fizikal. Nutrien yang efektif membolehkan anda untuk terus menikmati aktiviti kegemaran anda. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu dalam:
- Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara.3
- Menambah baik tahap emosi ketika tempoh pra-menstruasi (pra-haid).3
Melegakan Simptom Menopaus
Simptom-simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. GLA didapati bermanfaat utuk memudahkan perjalanan menopaus dengan:
- Melegakan simptom-simptom ketegangan payudara.4
- Menambah baik kesihatan emosi.4
RUJUKAN:
1. Kawamura A et al. 2011. Dietary supplementation of gamma-linoleneic acid improves skin parameters in subjects with dry skin and mild atopic dermatitis. J Oleo Sci. 2011;60(12):597-607.
2. Kapoor R, Huang YS. 2006. Gamma linoleneic acid: an anti-inflammatory omega 6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
3. Gama, C.R.B., Lasmar, R., Gama, G.F. et al. (2014). Premenstrual Syndrome: Clinical Assessment of Treatment Out-comes Following Borago officinalis Extract Therapy. RBM, 71, 211-217.
4. Heather Currie and Rosemary Cochrane. (2010). Current options in the treatment of menopausal symptoms. Prescriber. Volume 21, Issue 13.