GLA untuk Si Hawa
GLA untuk Ski Hawa
Sama seperti kasut dan beg, seseorang wanita tidak mungkin mempunyai terlalu banyak nutrien untuk menjaga badannya. Tambahkan Gamma Linolenic Acid (GLA) untuk merangsangkan kesihatan para wanita. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh badan, maka ia adalah penting untuk diambil setiap hari melalui pemakanan atau suplemen.
1. Menggalakkan Kulit yang Sihat
Kunci kepada kulit yang sihat berseri adalah tahap kelembapannya. GLA telah dibuktikan secara klinikal untuk memberikan manfaat:
- Meningkatkan tahap kelembapan kulit.1
GLA menguruskan penghalang air semulajadi dalam kulit kita untuk mengekalkan kelembapan kulit. - Melegakan keradangan dan kerengsaan kulit.2
Kulit yang mengalami rengsa dan keradangan didapati mempunyai tahap GLA yang rendah berbanding dengan kulit yang sihat. Ciri-ciri anti-keradangan GLA membantu menghalang keradangan daripada berlaku.
2. Meredakan Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)
Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan juga kesejahteraan fizikal. Dengan nutrien yang berkesan, anda boleh terus menikmati aktiviti kegemaran anda. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan kaitannya dengan PMS telah menunjukkan bahawa GLA membantu dalam:
- Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, sakit kepala dan payudara.3
- Membaiki tahap emosi ketika tempoh pra-haid.3
3. Melegakan Simptom Menopaus
Simptom-simptom menopaus seperti berasa panas, berpeluh malam, masalah tidur, perubahan mood dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. GLA didapati memberi manfaat untuk mengurangkan proses menopaus dengan:
- Melegakan simptom ketegangan payudara.4
- Meningkatkan kesihatan emosi.4
Rujukan:
1. Kawamura A et al. 2011. Dietary supplementation of gamma-linoleneic acid improves skin parameters in subjects with dry skin and mild atopic dermatitis. J Oleo Sci. 2011;60(12):597-607.
2. Kapoor R, Huang YS. 2006. Gamma linoleneic acid: an anti-inflammatory omega 6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
3. Gama, C.R.B., Lasmar, R., Gama, G.F. et al. (2014). Premenstrual Syndrome: Clinical Assessment of Treatment Out-comes Following Borago officinalis Extract Therapy. RBM, 71, 211-217.
4. Heather Currie and Rosemary Cochrane. (2010). Current options in the treatment of menopausal symptoms. Prescriber. Volume 21, Issue 13.