Kesihatan Yang Baik Bermula Daripada Dalam
Kesihatan Yang Baik Bermula Daripada Dalam
Kesihatan fizikal, mental dan emosi dipengaruhi oleh pemakanan – termasuklah apa yang anda makan dan suplemen yang anda ambil.

Protein Berasaskan Tumbuhan
Protein berfungsi sebagai blok binaan asas untuk sel-sel imun, hormon dan enzim serta penting untuk membina dan membaiki otot.
Keistimewaan Shaklee
- Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan yang Rendah Indeks Glisemik dan bukan GMO.
- Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi untuk pencernaan protein dan kualiti protein.
- Mengandungi 9 asid amino perlu.
- Kaya dengan kalsium
- Tanpa Kolesterol
- Protein soya membantu mengurangkan kolesterol
*Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberi kesan penurunan kolesterol darah ialah 25g sehari.



Omega-3 Fatty Acids
Lemak penting yang membantu mengurangkan keradangan di dalam badan kita dan menyokong kesihatan otak dan jantung.
Keistimewaan Shaklee
- Membekalkan spektrum penuh 7 asid lemak perlu omega-3 dan ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di perairan sejuk.
- Setiap hidangan membekalkan 1080mg pati omega-3 (540mg EPA dan 360mg DHA).
- Melalui proses Penyulingan Molekul Tiga Peringkat untuk memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan-bahan berbahaya dan bahan-bahan cemar lain.



Vitamin C
Antioksidan hebat untuk menguatkan pertahanan semula jadi badan, menggalakkan penghasilan kolagen untuk mengurangkan garis-garis halus serta meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit.
Keistimewaan Shaklee
- Semula jadi.
- Sistem perlepasan berperingkat yang membekalkan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurangkan pembaziran. Ini bersamaan dengan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
- Ditambah dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak bersama vitamin C untuk meningkatkan keberkesanannya.



Vitamin D
“Vitamin cahaya matahari” ini tidak banyak terkandung secara semula jadi di dalam makanan. Oleh itu, penting untuk mendaptkannya melalui suplemen. Vitamin D penting bagi menyokong kesihatan tulang, jantung dan pertahanan badan.
Keistimewaan Shaklee
Diformulasi dengan campuran 7 nutrien penting
- Kalsium: Blok binaan untuk tulang.
- Magnesium: Membantu kalsium masuk ke dalam tulang.
- Vitamin D: Merangsang penyerapan kalsium.
- Boron: Membantu metabolisma tulang.
- Tembaga, Zink dan Mangan: Mengaktifkan enzim penting untuk membina jisim tulang.

