Sudah Dapat Temujanji Vaksin Anda?

Makan secara sihat untuk mempersiapkan badan anda sebelum dan selepas vaksinasi. Di sini ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk terus meningkatkan sistem imun anda!

MAKAN Sajian Yang Mengatur Gula dalam Darah
Pening kepala, gelisah apabila ternampak jarum atau berasa hampir pitam selepas suntikan? Ingat, jangan biarkan perut anda kosong sebelum suntikan vaksin!

  • Ambil makanan yang tinggi kandungan protein tanpa lemak seperti protein soya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya karbohidrat kompleks, vitamin B dan mineral.
  • Tidak makan banyak? Minumlah smoothie buah protein soya yang menyihatkan.

Kekal Terhidrat
Penghidratan optimum boleh membantu menyokong komunikasi sistem imun.

  • Pilihlah air atau minuman rehidrasi yang sihat.

MAKAN serat

  • Serat menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus anda, yang kemudiannya akan menentukan tindak balas badan anda terhadap vaksin1,2,3.

MAKAN Lemak Yang Sihat dan Antioksida
Diet yang kaya dengan lemak dan karbohidrat terproses boleh meningkatkan tahap keradangan dalam badan anda, mengurangkan keupayaan sistem imun untuk menyediakan tindak balas yang berkesan terhadap sebarang serangan3,4.

  • Tingkatkan pengambilan minyak ikan dan antioksida seperti polifenol untuk sistem imun yang responsif!
  • Untuk mendapatkan pengalaman vaksinasi yang lancar, adalah lebih baik memulakan persediaan ini dua minggu sebelum dan selepas tarikh vaksinasi anda.

Ambil Vitamin Anda

  • Rangsang dan kekalkan imuniti anda dengan vitamin, mineral, protein tanpa lemak, lemak sihat, dan karbohidrat kompleks termasuk serat.

Rujukan:
1. Harris, V., Ali, A., Fuentes, S., Korpela, K., Kazi, M., Tate, J., Parashar, U., Wiersinga, W. J., Giaquinto, C., de Weerth, C., & de Vos, W. M. (2018). Rotavirus vaccine response correlates with the infant gut microbiota composition in Pakistan. Gut Microbes, 9(2), 93–101.
2. Oh, J. Z., Ravindran, R., Chassaing, B., Carvalho, F. A., Maddur, M. S., Bower, M., Hakimpour, P., Gill, K. P., Nakaya, H. I., Yarovinsky, F., Sartor, R. B., Gewirtz, A. T., & Pulendran, B. (2014). TLR5-mediated sensing of gut microbiota is necessary for antibody responses to seasonal influenza vaccination. Immunity, 41(3), 478–492. https://doi.org/10.1016/j.immuni.2014.08.009
3. Madison, A. A., Shrout, M. R., Renna, M. E., & Kiecolt-Glaser, J. K. (2021). Psychological and Behavioral Predictors of Vaccine Efficacy: Considerations for COVID-19. Perspectives on Psychological Science, 16(2), 191–203. https://doi.org/10.1177/1745691621989243
4. Park, H.-L., Shim, S.-H., Lee, E.-Y., Cho, W., Park, S., Jeon, H.-J., Kim, H., & Nam, J.-H. (2014). Obesity-induced chronic inflammation is associated with the reduced effi-cacy of influenza vaccine. Human Vaccines & Immuno-therapeutics, 10(5), 1181–1186

Produk Berkaitan