Miliki Hari yang lebih Cerah!

Penggunaan telefon pintar, komputer dan peranti digital lain secara berpanjangan telah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga mata kita. Jom terokai bagaimana karotenoid dan vitamin B-kompleks boleh membantu mengekalkan penglihatan yang optimum.

Karotenoid

Pigmen berwarna terang yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran serta mempunyai pelbagai manfaat antioksida terutamanya untuk kesihatan penglihatan.

Lutein

Menapis cahaya biru yang menyebabkan mata tidak selesa, kabur dan kering.

Likopena

Melindungi mata daripada tekanan oksidatif.

Alfa dan Beta Karotena

Meningkatkan penglihatan dalam cahaya malap dan meredakan kekeringan mata.

Vitamin B-Kompleks

Vitamin B1 (tiamina), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid pantotenik) dan B6 (piridoksin) bertindak sebagai antioksida untuk melindungi mata daripada kerosakan akibat radikal bebas yang boleh menyebabkan katarak dan degenerasi makula.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Mengekalkan kesihatan kornea (lapisan jernih pada bahagian luar mata) dan melindungi mata daripada cahaya biru.

Vitamin B3 (Niasin)

Menggalakkan pengaliran darah untuk membekalkan nutrien dan oksigen kepada mata untuk fungsi yang optimum.

Vitamin B6 (Piridoksin)

Menyokong penghasilan neurotransmiter untuk menghantar maklumat visual dari mata ke otak.

Vitamin B9 (Folat)

Menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan sel supaya penglihatan anda kekal tajam dan jelas.

Vitamin B12 (Kobalamin)

Penting untuk mengekalkan kesihatan sel-sel saraf termasuk sel-sel yang menghantar isyarat dari mata ke otak.

Produk Berkaitan