Petua Rambut Sihat
HEALTHY HAIR HACKS
Mencuci rambut sahaja tidak membuatkan rambut anda betul-betul bersih. Penjagaan rambut yang sebenar juga melibatkan teknik dan dandanan yang
betul bagi memastikan mahkota anda kekal kuat, sihat dan bersih.
Cuci Rambut Berminyak dengan Lebih Kerap
Jika kulit kepala anda berminyak, anda mungkin perlu mencucinya setiap hari. Gunakan syampu yang mengandungi bahan-bahan semula jadi.
ProSante Revitalizing Shampoo
- Menyingkirkan kotoran, minyak dan bahan cemar tanpa merosakkan kulit kepala.
- Untuk rambut lebih kuat, bersinar dan berdaya tahan.
Gunakan Perapi Selepas Syampu
Penggunaan perapi pada bahagian hujung rambut selepas syampu boleh memperbaiki masalah rambut rosak dan kering.
Replenishing Conditioner
- Untuk rambut lebih kuat, lembut dan bersinar.
- Memperbaiki masalah permukaan rambut rosak dan hujung rambut bercabang.
Sihatkan Kulit Kepala Anda
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Jika anda sering menggunakan produk untuk menggayakan rambut atau produk penjagaan rambut yang mengandungi bahan kimia, anda sangat disarankan untuk sentiasa membekalkan nutrien kepada kulit kepala untuk mengekalkan rambut yang sihat dan kuat.
Nourishing Scalp Treatment
- Menyubur, menguat dan melebatkan rambut dengan mengurangkan keguguran rambut semasa disikat.
- Melindungi keseimbangan lembapan-minyak sihat semula jadi.
SEDERHANA ITU LEBIH BAIK
Apabila mengeringkan rambut dengan alat pengering, mulakan dengan tetapan haba yang paling rendah dan tingkatkan perlahan-lahan ke tahap haba yang dikehendaki. Jika berkesempatan, biarkan rambut anda kering dengan sendiri untuk penjagaan yang lebih baik.
MEMOTONG RAMBUT
Potong rambut anda secara berkala – setiap 10 hingga 12 minggu – untuk mengekalkan kesihatan rambut dan mengelakkan hujung bercabang.
BERHATI-HATI KETIKA RAMBUT BASAH
Ketika rambut basah, ianya tiga kali lebih mudah untuk putus. Jadi, anda perlu menguruskannya dengan lebih berhati-hati. Jangan gosok rambut yang basah dengan tuala secara berlebihan. Gunakan sikat bergigi jarang untuk menguraikannya.
BILASAN SEJUK
Air sejuk membantu mengunci kelembapan daripada perapi sambil meliputi kutikel rambut. Rambut juga akan lebih bersinar. Jadi, bilas rambut anda dengan air sejuk selepas melumurkan perapi.