Penyakit Jantung: Ketahui Risiko Anda. Cegah Sebelum Terlambat.
Penyakit Jantung: Ketahui Risiko Anda. Cegah Sebelum Terlambat.
Menurut Institut Jantung Negara Malaysia, jumlah kes penyakit kardiovaskular meningkat sebanyak 5 peratus setiap tahun. Kajian terbaru menunjukkan peningkatan kelaziman rakyat Malaysia menghidap penyakit jantung pada usia yang lebih muda berbanding sebelum ini. Jagalah jantung anda sekarang!
Adakah Anda Berisiko Menghidap Penyakit Jantung?
Jika anda mempunyai 2 atau lebih faktor risiko berikut, anda mungkin akan menghadapi isu kesihatan berkaitan jantung pada masa hadapan.
Merokok
Kurang bersenam
Berlebihan berat badan
Tekanan
Tekanan darah tinggi
Kencing manis
Kolesterol tinggi
Sejarah keluarga
Sebanyak 80% penyakit jantung pramatang dan strok boleh dicegah!
Berikut adalah panduan bagaimana untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
Lebihkan Ini!
- Tingkatkan pengambilan buah-buahan
- Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Kekal aktif!
Kurangkan Ini!
- Kurangkan pengambilan garam
- Kurangkan pengambilan gula
- Kurangkan pengambilan lemak
- Kurangkan tekanan
- Elakkan merokok