Hai Ibu, Adakah Anda Mengambil Protein Soya?

MENYOKONG KEHAMILAN LEBIH SIHAT

Oleh kerana anda makan untuk dua orang, amat penting bagi ibu mendapat nutrien lengkap untuk menyokong kehamilan yang sihat. Buat pilihan lebih sihat – protein soya
– untuk kekal sihat dan aktif sepanjang kehamilan anda.

1. Pertumbuhan Bayi Yang Lebih Sihat

Protein memainkan peranan penting dalam perkembangan tisu dan organ bayi1, terutama ketika trimester kedua dan ketiga untuk menyokong pertumbuhan bayi yang pesat dan menjadi asas kepada kesihatannya.

2. Bayi Yang Kuat dan Sihat

Protein yang mencukupi menyokong pembentukan sel imun2 ketika bayi masih dalam kandungan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan protein yang tidak mencukupi di kalangan ibu hamil akan menjejaskan kesihatan imun bayi.3

3. Kehamilan Lebih Sihat dan Lebih Bertenaga

Protein soya mengandungi jumlah protein dan karbohidrat yang ideal untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu yang semakin meningkat. Ia juga membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk membolehkan anda kekal aktif sepanjang kehamilan.

MENYOKONG PENYUSUAN BADAN YANG LANCAR

Ibu yang memberikan susu badan memerlukan dua kali lebih banyak protein berbanding ibu yang tidak menyusukan anak. Selain mengekalkan tahap tenaga ibu, protein juga amat mustahak kerana ia merupakan komponen dalam susu ibu.

1. Bekalan Susu Ibu Yang Berpanjangan

  • Nutrien lengkap dalam protein soya memenuhi keperluan protein ibu yang menyusukan anak bagi menggalakkan penghasilan susu ibu untuk pertumbuhan bayi yang optimum.
  • Ia adalah pilihan lebih sihat bagi ibu yang menyusukan anak untuk mengawal berat badan kerana ia mengenyangkan dan mengurangkan lemak badan, serta memperbaiki komposisi badan.

PROTEIN SOYA, PILIHAN YANG LEBIH SIHAT

Energizing Soy Protein membekalkan protein soya berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi yang penting untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat selain menyokong perjalanan penyusuan ibu.

  • Membekalkan 14g protein Indeks Glisemik Rendah
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected AminoAcid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi bagi keterhadaman protein dan kualiti protein yang terbaik
  • Mengandungi 9 asid amino perlu
  • Kaya dengan Kalsium
  • Bebas Kolesterol
  • Protein Soya membantu merendahkan kolesterol*

*Jumlah protein soya yang disarankan untuk memberi kesan merendahkan kolesterol darah ialah 25g sehari.

RUJUKAN:
1. Elango, R., & Ball, R. O. (2016). Protein and Amino Acid Requirements during Pregnancy. Advances in nutrition (Bethesda, Md.), 7(4), 839S-44S. doi:10.3945/an.115.011817.
2. Obanewa. O., & Marie-Louise.N. 2017. Maternal nutritional status during pregnancy and infant immune response to routine childhood vaccinations. Future Virol. 2017 Sep; 12(9): 525–536.
3. Collinson AC, Ngom PT, Moore SE, Morgan G, Prentice AM. Birth season and environmental influences on blood leucocyte and lymphocyte subpopulations in rural Gambian infants. BMC Immunol. 2008;9:18.

Produk Berkaitan