Bagaimana Memilih Minyak Ikan Anda
Bagaimana Memilih Minyak Ikan Anda
Pengambilan minyak ikan secara teratur memberi banyak manfaat kesihatan kepada badan anda – dari melancarkan peredaran darah, peningkatan kesihatan minda sehingga menggalakkan kesihatan sendi. Adakah anda tahu apa yang masuk ke dalam minyak ikan yang anda makan?
1. Berhati-hati dengan bahan pencemar logam berat
Pencemaran logam berat seperti merkuri telah dikaitkan dengan pengambilan ikan. Apabila ikan yang tercemar ditangkap dan diproses menjadi minyak ikan, logam berat juga didapati dalam minyak ikan. Proses penyulingan membantu menyingkirkan logam berat ini. Semakin banyak proses penyulingan, lebih baik dan lebih selamat minyak ikan yang terhasil.
2. Dapatkan jumlah DHA & EPA yang betul
Tahukah anda bahawa label minyak ikan selalunya mengandungi kepekatan minyak ikan secara keseluruhan dan bukan kandungan DHA dan EPA? Oleh kerana komponen penting yang diperlukan oleh badan adalah DHA dan EPA, pastikan anda membaca label dengan betul. Cari salah satu yang memberikan anda sekurang-kurangnya 300mg DHA dan 400mg EPA.
3. Elakkan perisa tambahan
Terdapat produk di pasaran dengan perisa tambahan untuk menghilangkan bau hanyir minyak ikan. Pilih minyak ikan tanpa perisa tambahan dan yang melalui proses penyulingan yang lebih banyak kerana ia menghilangkan bau dengan lebih berkesan.
4. Lebih baik dengan spektrum penuh Omega-3
Badan kita memerlukan spektrum lengkap omega-3 sebagai tambahan kepada EPA dan DHA untuk menyokong dan mengekalkan fungsi tubuh yang normal. Pilih minyak ikan yang mengandungi spektrum lengkap 7 omega-3 tulen termasuk EPA, DHA dan banyak lagi!
5. Saiz penting
Tahukah anda bahawa ikan yang lebih besar, semakin tinggi pengumpulan toksin dan logam beratnya? Jangan tertipu!
Sayangi Kesihatan Anda
Jadi pengguna Bijak! Pilih minyak ikan dengan:
Proses Penyulingan Molekul Tiga Peringkat
Kepekatan EPA & DHA yang Tinggi
Tiada Perisa Tambahan
Spektrum Lengkap Omega-3
Sumber dari Ikan Kecil