Adakah perapi rambut perlu dipakai setiap hari?
Adakah perapi rambut perlu dipakai setiap hari?
Jawapannya adalah YA! Kenapa? Syampu membersihkan rambut dengan membuka kutikel rambut manakala perapi menutup dan mengunci nutrient untuk menjadikan rambut kekal lembap, lebih kuat serta tidak mudah rapuh.
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk memiliki rambut yang sihat dan subur
Keringkan rambut menggunakan tuala selepas membersihkan syampu. Ini
untuk memastikan perapi melekat pada rambut dan dapat memberi nutrien kepada rambut anda dengan efektif.
Picit perapi sebesar saiz syiling dan urut secara perlahan-lahan dari bahagian
tengah hingga hujung rambut anda. Pastikan setiap helai rambut disapu dengan perapi untuk hasil yang optimum.
Biarkan selama beberapa minit untuk hasil yang terbaik!
Bilas rambut dengan bersih sehingga rambut tidak terasa licin untuk mengelakkan daripada sisa perapi membuatkan rambut anda berminyak dan kelihatan leper.
Tip: Bilas perapi menggunakan air sejuk untuk rambut yang lebih bersinar! Elakkan kulit kepala kerana ia boleh menyebabkan rambut berminyak dan kelihatan leper.
Perapi membantu melembapkan kulit kepala dan rambut anda
- Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang.
- Diformulasikan untuk pertumbuhan dan kesihatan rambut yang optimum.
- Formula ringan dan tidak berminyak serta mesra hijab.