Masa Untuk Snek!
Masa Untuk Snek!
Sediakan SNEK PANTAS YANG SIHAT dan LAZAT ini bersama anak-anak anda!
Berry FroYo Lazat
Sajian sejuk beku yang lazat. Snek menarik untuk hari yang terik!
BAHAN-BAHAN:
2 skup Meal Shakes
3 cawan strawberi beku
1 cawan yogurt Greek perisa vanila
1 sudu besar madu
CARANYA:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Masukkan adunan yogurt ini ke dalam bekas, bungkus dan bekukan semalaman.
- Hiaskan dengan buah-buahan segar/cip coklat dan sedia dinikmati!
Agar-Agar Tutti Fruitti
Penuhi selera dengan jeli buah yang menyegarkan ini.
BAHAN-BAHAN:
12 sudu besar Performance™ Natural Orange
1L air
1 pek serbuk agar-agar
Buah-buahan pilihan anda (didadu)
CARANYA:
- Satukan air, serbuk agar-agar dan Performance™ Natural Orange di dalam periuk. Kacau sentiasa sehingga mendidih.
- Masukkan buah-buahan yang telah dipotong ke dalam acuan agar-agar.
- Tuangkan adunan agar-agar tadi ke dalam acuan, bekukan di dalam peti sejuk selama 30 hingga 60 minit. Nah, sedia dihidangkan!