Sentiasa Bersih dan Kekal Selamat dengan Basic H2®

Basic H2® Organic Super Cleaning Concentrate

adalah apa yang anda perlukan untuk beribu-ribu tugasan di rumah. Dengan pembersih serba-boleh ini, anda tidak akan kembali kepada jenama biasa yang ada di rak pasaraya lagi.

Ini adalah beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk pastikan rumah anda bersih dan selamat.

Semua Permukaan Rumah

Tidak melupakan meja, kerusi, kaunter dapur, sofa kulit dan pokok di dalam rumah, gunakan Basic H2® pada sebarang permukaan tanpa meninggalkan sisa kotoran.

Kembalikan kilauan barangan kulit dengan menitikkan 2 titis pada span lembap, kemudian lap barang itu hingga kering.

Tombol Pintu

Ini adalah salah satu objek dalam rumah yang paling kerap disentuh tetapi sering dilupakan dan ia memerlukan pembersihan yang kerap. Hanya semburkan Basic H2® dan lap hingga bersih!

Mainan Kanak-kanak

Fikiran anda akan tenang apabila mengetahui mainan anak-anak anda adalah selamat dan bersih. Semburkan Basic H2® pada mainan dan lap bersih.

Kerusi Bayi

Sediakan tempat selamat untuk anak anda walaupun pada waktu makan. Semburkan Basic H2® pada kerusi bayi dan lap hingga bersih.

Tanggalkan ‘cover’ telefon dan lap hingga betul-betul bersih, termasuklah di
bahagian yang sukar dicapai.

Telefon Bimbit

Telefon bimbit terdedah kepada kuman kerana kita membawanya ke mana sahaja, termasuklah ke tandas. Semburkan Basic H2® pada kain bersih dan lap permukaan telefon anda dengan kerap.

Tanggalkan ‘cover’ telefon dan lap hingga betul-betul bersih, termasuklah di bahagian yang sukar dicapai.

Kereta (Dalaman dan Luaran)

Basic H2® adalah lembut tetapi cukup kuat untuk menjadikan kerja membersih lebih mudah dan berkesan. Semburkan pada bahagian dalaman kereta terutama stereng iaitu bahagian yang paling kerap disentuh.

Cuci Kereta

Campurkan 15ml dalam 4.5L air. Cuci satu bahagian kecil pada satu masa. Bilas. Lap cermin depan, pintu dan tombol pintu selepas dibilas; biarkan bahagian lain kering tanpa sebarang tanda atau jalur.

Troli

Jaga keselamatan dengan membawa Basic H2® bersama anda ke mana sahaja anda pergi! Semburkan pada pemegang troli. Sembur sedikit pada tangan anda sejurus selepas menyentuh permukaan di tempat awam.

Satu Pembersih, Pelbagai Kegunaan dan Manfaat

  • Sangat pekat – boleh membuat 473 botol cecair pembersih!
  • Pembersih pelbagai guna – menghilangkan kotoran, kesan minyak dan daki hitam daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, dalam dan luar.
  • Menanggalkan gris dan kotoran degil tanpa meninggalkan sisa yang berbahaya.
  • Formula yang tidak perlu dibilas, tiada kesan sesa dan tidak meninggalkan kesan kotoran.
  • Tanpa toksik and bahan haruman.

Basic H2® Organic Super Cleaning Concentrate (473ml)

3 rekaan berbeza untuk setiap kawasan dalam rumah anda!

GET CLEAN® Spray Bottle (satu botol)

Selamat

Lembut pada tangan

Tanpa klorin

pH-seimbang

Produk Berkaitan