Kekalkan Kekuatan Pertahanan Badan dan Sentiasa Berwaspada

Sistem imun yang lemah akan menyebabkan patogen termasuk virus, bakteria dan parasit mudah menyerang. Lindungi kesihatan anda daripada dalam ke luar, dengan nutrien asas ini!

Nikmati Semua Ini dan Banyak Lagi dengan Sistem Imun yang Kuat

Badan yang lebih
kuat untuk mencegah jangkitan

Tempoh pemulihan yang lebih pendek

Kurang jangkitan
berulang

Simptom yang lebih ringan

Tidak mudah
mendapat jangkitan dan penyakit

Interferon

  • Sejenis protein yang dihasilkan secara semulajadi dalam sistem imun badan sebagai tindak balas terhadap jangkitan seperti virus, bakteria dan parasit.
  • Boleh dirangsang dengan rangsangan interferon ekstrak tumbuhan yang dibuat daripada bunga safflower, biji plantago, honeysuckle Jepun dan biji labu.
  • Mengaktifkan ketahanan sistem imun dengan pantas.
  • Merangsang tindak balas sistem imun supaya sel imun boleh menyerang patogen dan menguatkan ketahanan sel.

Vitamin C

  • Bertindak sebagai ‘otot’ kepada sistem imun.
  • Meningkatkan aktiviti mencari, memerangkap dan memusnahkan bendasing yang memasuki badan.

Bawang Putih

  • Mengandungi allicin, komponen utama antibakteria yang membantu merangsang sistem imun badan dengan menggalakkan aktiviti sel darah putih.
  • Ia juga kaya dengan nutrien seperti vitamin B1, vitamin B6, vitamin C, zat besi dan fosforus.

Vitamin A

  • Mengandungi karotenoid yang memberikan tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran warna menarik.
  • Karotenoid mempunyai ciri antioksidan yang kuat.
  • Meningkatkan sistem imun dengan:
    • Melindungi sel darah putih daripada oksidatif tekanan dan keradangan.
    • Meningkatkan ketahanan dengan memperbaiki keupayaan mengesan dan memusnahkan sel yang tidak sihat.

Amalkan Tabiat Kebersihan untuk Kesihatan Lebih Baik

Cuci tangan dengan kerap menggunakan sabun atau cecair pembersih tangan berasaskan alkohol.

Tutup mulut dengan tisu bila batuk dan buang selepas digunakan. Jika tiada tisu, batuklah pada lengan anda.

Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak bersih.

Elakkan mendekati individu yang mengalami demam dan batuk.

Jika anda batuk atau hidung berair, pakai penutup
muka apabila berada di tempat awam.

Jika anda demam, batuk dan sukar bernafas, segera
dapatkan bantuan perubatan.

Produk Berkaitan