Pastikan Rumah Anda Selamat dan Dilindungi
Pastikan Rumah Anda Selamat dan Dilindungi
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, influenza atau dikenali sebagai demam selesema, mudah tersebar melalui individu yang dijangkiti batuk atau bersin. Ia biasanya mengalami mutasi untuk penyesuaian dengan alam sekitar, ubat dan antibodi. Oleh itu, tidak menghairankan jika seseorang itu boleh dijangkiti lebih daripada sekali.
Sumber: Petikan dari infografk dari Kementerian Kesihatan. Untuk maklumat lanjut, layari https://bit.ly/35x3Y9g
01.
Elakkan berada di khalayak ramai atau orang yang sakit.
02.
Pastikan lantai dan meja bersih.
03.
Pastikan aliran udara dan cahaya yang baik di rumah atau tempat kerja.
04.
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu, sapu tangan atau tuala apabila anda batuk atau bersin. Buangkan tisu itu.
05.
Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas batuk atau bersin dan selepas menyentuh hidung, mulut atau mata anda.
06.
Elakkan berkongsi barang-barang peribadi seperti sapu tangan, tuala dan sebagainya.